CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2182|Reply: 0

[Sabah] Ibu Bapa, Guru perlu bersama bangunkan modal insan

[Copy link]
Post time 7-2-2024 09:50 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 7-2-2024 01:52 PM



HADIR: Suryady (lima kiri) ketika hadir merasmikan majlis berkenaan.

TAWAU: Hubungan erat antara ibu bapa dan pihak sekolah perlu sentiasa terjalin bagi merealisasikan sebuah institusi pendidikan yang cemerlang serta dapat membangunkan modal insan berdaya saing.

Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy berkata, usaha itu perlu dilaksanakan supaya masyarakat dapat menyumbang terhadap kejayaan pelajar.

Katanya, pembelajaran secara berterusan bukan hanya di bangku sekolah sahaja tetapi ia juga perlu dilakukan di rumah masing-masing.

“Disiplin yang tinggi adalah resipi kejayaan kerana tanpa disiplin, murid-murid tidak akan dapat mencapai kecemerlangan dan kesempurnaan dalam hidup.

“Pendidikan yang mengutamakan aspek akademik semata-mata akan melahirkan generasi yang pintar tetapi tidak mampu menonjolkan kebijaksanaan semasa membuat sesuatu keputusan,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kalabakan berkata demikian semasa merasmikan Majlis Apresiasi Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan (SK) Merotai, di sini, semalam.
Menurutnya, pendidikan sebenarnya menuntut kita untuk sentiasa memperbaharui diri dengan ilmu dan tekad pada setiap masa.

Katanya, peranan pendidikan telah berubah dengan jelas daripada fungsi tradisionalnya kerana murid akan dididik sebagai pewaris negara supaya menjadi modal insan yang berilmu dan berakhlak mulia.

“Justeru, semua murid, guru dan ibu bapa perlu memberi nilai tambah dalam diri masing-masing supaya terus relevan dengan perubahan serta peredaran zaman.

“Persaingan dunia pendidikan semakin sengit, lebih-lebih lagi dalam era globalisasi dan perkembangan maklumat yang mana meletakkan kedudukan pencarian ilmu hanya di hujung jari,” katanya.

Sementara itu, Suryady yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu menzahirkan syabas dan tahniah kepada SK Merotai kerana berjaya mengadakan majlis ini.

“Kejayaan dan sumbangan murid-murid dalam bidang kurikulum dan kokurikulum wajar diraikan atas usaha mereka yang bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan.

“Diharapkan dengan majlis ini menjadi suntikan semangat kepada murid-murid lain agar dapat mengorak langkah yang sama mencipta kecemerlangan dan kegemilangan pada masa akan datang,” katanya.

Turut hadir, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) DUN Merotai, Jailani Chachu dan Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Kalabakan, Saripudin Nuhalim.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:26 PM GMT+8 , Processed in 0.150937 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list