CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2218|Reply: 0

[Sabah] Berkhidmat untuk rakyat sentiasa jadi keutamaan

[Copy link]
Post time 7-2-2024 09:43 PM | Show all posts |Read mode


CHEW

KOTA KINABALU: Memberikan perkhidmatan kepada masyarakat akan sentiasa diutamakan khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Karamunting.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Karamunting Datuk Chew Kok Woh berkata, pelbagai aduan rakyat di kawasan ini telah diterima dan berjaya diselesaikan dengan kerjasama erat jabatan atau agensi kerajaan berkaitan.

"Tidak dinafikan masih terdapat ruang yang luas untuk setiap agensi atau jabatan berkaitan untuk membuat penambahbaikan.

"Kesemua ini hanyalah demi kebaikan bersama khususnya rakyat di kawasan ini," katanya dalam Perutusan Tahun Baharu Cina 2024 di sini, hari ini.

Chew turut mengucapkan terima kasih kepada para kakitangan Unit PPM Karamunting yang sentiasa komited turun padang untuk meninjau, memantau masalah rakyat dan seterusnya menyelesaikan isu-isu yang wujud.

"Sempena Tahun Baharu Cina 2024 ini, saya dan keluarga saya mengucapkan Selamat Tahun Baharu kepada semua yang merayakannya dan selamat bercuti juga kepada mereka yang tidak meraikannya.

"Moga Tahun Naga ini akan memberi kita semua rahmat kesihatan yang bagus, dijauhi sebarang penyakit, hidup rukun, damai, berharmoni sesama rakyat serta hindari dari masalah perkauman.

"Semoga peluang perniagaan dapat diperkasakan, kemakmuran dapat dilipatgandakan kepada semua masyarakat di Sabah khasnya dan Malaysia  amnya," katanya.

Beliau percaya sekiranya semua masyarakat bersatu hati, semua perselisihan yang wujud boleh diatasi untuk rakyat Sabah.

"Selamat Tahun Baharu dan Gong Xi Fa Cai," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 07:41 PM GMT+8 , Processed in 0.056797 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list