CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2164|Reply: 0

[Sabah] Semua pihak diajak ganding bahu jayakan agenda pembangunan

[Copy link]
Post time 7-2-2024 09:41 PM | Show all posts |Read mode


ALBUM: Limus (lima kiri) merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian penerima anugerah yang diraikan sempena majlis itu.

KUALA PENYU: Pembantu Menteri Kerja Raya, Datuk Limus Jury mengajak penjawat awam serta pemimpin masyarakat supaya berganding bahu bagi menjayakan agenda pembangunan yang dirancang di kawasan Kuala Penyu.

Sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Penyu, beliau komited untuk membawa kemajuan dan pembanguan ke Kuala Penyu demi kemakmuran dan manfaat semua.

“Untuk menjayakan agenda pembangunan kami memerlukan dokongan, kerjasama dan sokongan, daripada semua pihak, termasuk penjawat awam dan pemimpin masyarakat setempat, selaku wakil kami yang dekat dengan rakyat di peringkat akar-umbi.

“Pada kesempatan ini saya juga ingin mengucapkan tahniah atas pelancaran Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) bagi tahun 2023-2027.

“Dengan pelancaran OACP saya harap seluruh penjawat awal di Kuala Penyu supaya terus mempamerkan kecemerlangan dan daya usaha yang jitu lagi berkualiti tinggi, demi memastikan agenda pembangunan dapat dijayakan, seiring dengan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ), “ katanya.

Dalam pada itu, Limus turut merakamkan penghargaan kepada penjawat awam yang telah mewakili daerah Kuala Penyu dan berjaya memenangi pingat di Kejohanan Sukan Sabah Games ke-10 (SAGA X) yang diadakan baru-baru ini.

“Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada mereka yang terlibat dalam sukan SAGA lepas. Terima kasih kerana telah mengangkat nama baik daerah Kuala Penyu dalam bidang sukan.

“Mudahan sambutan dan acara yang kita adakan pagi ini dapat menyuntik semangat kekitaan dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain, bagi memperkukuhkan lagi ikatan perpaduan dan kesatuan kita semua, khususnya di Kuala Penyu, “ katanya.

Beliau juga yakin dengan penganjuran majlis yang diadakan ini dapat menjadi tonggak kekuatan sekaligus menjadi teladan kepada umum kesatuan dalam masyarakat berbilang kaum.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 07:29 PM GMT+8 , Processed in 0.214801 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list