CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10368|Reply: 0

Penyelia terlepas jika anggota lakukan jenayah luar waktu tugas

  [Copy link]
Post time 7-2-2024 04:39 PM | Show all posts |Read mode

Razarudin ketika sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Op Selamat Tahun Baharu Cina 21 di Subang hari ini. Foto SADDAM YUSOF/ KOSMO!

PETALING JAYA – Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menegaskan penyelia kepada pegawai mahupun anggota yang melakukan kesalahan jenayah tidak akan dipertanggungjawab sekiranya kesalahan dilakukan di luar waktu tugas.

“Kita akan siasat perkara itu kerana mereka (anggota terlibat) ditangkap di rumah. Sebelum ini, saya pernah cakap ‘jaga tepi kain’ bukan ‘dalam kain’.

“Penyelia perlu tahu sehingga peringkat itu bukan sampai masuk dalam rumah dan sebagainya melainkan ada maklumat diterima,” katanya ketika sidang akhbar Majlis Pelancaran Op Selamat Tahun Baharu Cina 21 di Persada PLUS Subang, di sini, hari ini.

Razarudin mengulas perkara itu susulan seramai lima anggota polis termasuk seorang berpangkat Deputi Superintendan (DSP) antara enam individu dicekup Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman bersama sejumlah 5.2 liter cecair disyaki air ketum, di sebuah kediamanan di Alor Gajah, Melaka.

Lima anggota polis bersama seorang individu orang awam berusia 31 hingga 55 tahun itu ditahan dalam serbuan kira-kira pukul 11.30 malam di sebuah kediaman milik anggota berpangkat sarjan berusia 55 tahun.

Suspek yang ditahan adalah DSP dari Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, Inspektor (Cawangan Jenayah Berat, D9, Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah), dua Sarjan dan seorang Lans Koperal bertugas di IPD Alor Gajah serta orang awam. – KOSMO! ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... h-luar-waktu-tugas/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 01:49 AM GMT+8 , Processed in 0.056577 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list