CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7060|Reply: 0

[Perlis] KKM pantau, kenal pasti tindakan boleh diambil terhadap penjualan 'energy stick'

[Copy link]
Post time 7-2-2024 02:24 PM | Show all posts |Read mode
KKM pantau, kenal pasti tindakan boleh diambil terhadap penjualan 'energy stick'


Oleh Aizat Sharif - Februari 7, 2024 @ 1:12pm bhnews@bh.com.my




Lukanisman (tiga kiri) bersama Megat Hashirat (dua kiri) dan Dr Ismuni (paling kiri) merasmikan Majlis Perasmian Wellness Hub Pusat Transormasi Bandar (UTC) Perlis dan Program Advokasi Mengurangkan Gula Serta Hari Kanser Sedunia Peringkat Negeri Perlis di UTC Perlis, Kangar. - Foto AIZAT SHARIF




KANGAR: Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mengenal pasti tindakan serta peraturan yang akan diambil terhadap penjual produk penyedut hidung (nasal inhaler) atau 'energy stick' yang kini giat dijual dan dipromosikan menerusi sosial media kononnya dapat memberi tenaga dan kesegaran kepada penggunanya.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, pihaknya sudah mengenalpasti perkara itu yang dibangkitkan sejak beberapa hari lalu.

"Ini adalah isu bersama dan kita juga sudah dihubungi oleh Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berhubung perkara ini untuk melihat kerjasama yang dapat dilaksanakan dalam mengekang penggunaan produk berkenaan daripada berleluasa.

"Kita akan melihat apakah bentuk tindakan dan peraturan yang kita boleh ambil untuk mengelakkan 'energy stick' ini daripada terus dijual di pasaran kerana ia menyerupai 'vape' dan boleh memudaratkan kesihatan terutama kanak-kanak.

"Perkara ini masih baharu dan kita tiada data penggunaan produk ini dalam kalangan kanak-kanak namun kita sedang memantau secara rapi isu ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Majlis Perasmian Wellness Hub Pusat Transormasi Bandar (UTC) Perlis dan Program Advokasi Mengurangkan Gula Serta Hari Kanser Sedunia Peringkat Negeri Perlis di UTC Perlis, di sini hari ini.

Terdahulu, Lukanisman meninjau perjalanan Wellness Hub di UTC Perlis di mana pelbagai perkhidmatan kesihatan termasuk khidmat nasihat daripada doktor dan pakar bertauliah turut disediakan dalam memastikan masyarakat di negeri itu mempunyai kesedaran yang tinggi dalam penjagaan kesihatan.

Wellness Hub adalah pusat komuniti setempat yang menawarkan perkhidmatan kesejahteraan dan kesihatan yang komprehensif dan bersepadu kepada komuniti setempat.

Malah, ia selari dengan hala tuju KKM untuk beralih daripada 'Sick Care' kepada 'Health Care' supaya individu lebih bertanggungjawab terhadap kesihatan diri, keluarga dan komuniti dan sehingga Disember tahun lalu, sebanyak 32 Wellness Hub sudah diwujudkan di seluruh negara.

Turut hadir dalam majlis berkenaan adalah Pengerusi Jawatankuasa o Kesihatan negeri, Megat Hashirat Hassan dan Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Dr Ismuni Bohari.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:09 PM GMT+8 , Processed in 0.056090 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list