CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4724|Reply: 0

[Sabah] Penduduk zahir kesyukuran di atas pertabalan Sultan Ibrahim

[Copy link]
Post time 6-2-2024 07:15 PM | Show all posts |Read mode


SYUKUR: Antara penduduk Lahad Datu yang hadir memeriahkan majlis berkenaan.

LAHAD DATU: Penduduk di daerah ini mengambil inisiatif mengadakan majlis doa kesyukuran di atas pertabalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, baru- baru ini.

Pengerusi Penganjur, Yusof Nanong berkata, majlis ini adalah tanda rasa kesyukuran dan kegembiraan rakyat di daerah ini di atas pertabalan YDP Agong ke-17.

Katanya, walaupun ia diadakan secara ringkas, namun cukup bermakna kerana banyak pengisian rohani dilaksanakan sebagai tanda kesyukuran atas kemakmuran yang dikecapi.

“Kita berhimpun beramai-ramai dengan berpakaian lengkap melayu sambil berselawat dan berdoa agar negara ini sentiasa makmur di bawah naungan pemerintahan Tuanku Sultan.

“Ia adalah kesinambungan daripada program Tanah Melayu Berselawat yang diadakan serentak di seluruh negeri di semenanjung Malaysia, baru-baru ini,” katanya.
Menurutnya, semua rakyat sangat bersyukur dengan pertabalan Sultan Ibrahim dan berharap negara ini bertambah maju.

“Saya sangat bersyukur kerana lebih 100 orang hadir memeriahkan majlis yang diadakan Masjid Nurul Aman Lahad Datu ini.

“Kami juga berharap agar YDP Agong Sultan Ibrahim akan datang ke negeri itu untuk siri jelajah dan bersuai kenal dengan rakyat jelata,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:28 PM GMT+8 , Processed in 0.081201 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list