CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4634|Reply: 0

[Sabah] Komponen GRS perlu kekalkan perpaduan, jangan berpecah

[Copy link]
Post time 6-2-2024 07:14 PM | Show all posts |Read mode


HADIR: Mizma (kiri) ketika hadir dalam majlis Pelancaran Wanita GRS Zon 6B.

LAHAD DATU: Semua komponen parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) perlu mengekalkan perpaduan demi kestabilan politik serta memberi manfaat kepada negeri dan rakyat keseluruhannya.   

Ketua Penyelaras Wanita GRS Zon 6B, Datuk Mizma Appehdullah berkata, setiap parti dalam GRS mempunyai kekuatan dan peranan masing-masing yang menyumbang kepada keutuhan gabungan ini.

Katanya, GRS seharusnya menjadi contoh kepada perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa dan agama di negeri ini.

“Bagaimana rakyat mahu bersatu sekiranya para pemimpin sentiasa bertelagah sesama sendiri sehingga menjejaskan kestabilan negeri.

“Keteguhan dan keutuhan gabungan ini penting agar matlamat pembangunan, kesejahteraan rakyat dan urus tadbir negeri dapat dilaksanakan dengan baik,” katanya.

Justeru katanya, setiap komponen dalam GRS perlu mengukuhkan perpaduan dan kekuatan dalam parti masing-masing yang akan dihimpunkan menjadi kekuatan solid GRS.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Pelancaran Wanita GRS Zon 6B, di sini. Majlis berkenaan disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi GRS, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mewakili Pengerusi GRS, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor.

Mizma berkata, Gabungan Wanita dalam GRS juga perlu saling melengkapi antara satu sama lain yang membawa kepada keharmonian GRS.

“Jentera wanita akan menjadi tulang belakang parti yang akan berusaha membantu memperkasakan parti khususnya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

“Justeru, setiap komponen parti harus saling menghormati dan mengenepikan sebarang perbezaan demi mengukuhkan gabungan ini,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Mizma yang juga Ketua Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Bahagian Silam berkata, peranan wanita adalah signifikan dalam perjuangan politik.

Sementara itu, Tan Sri Pandikar Amin dalam ucapannya, berkata sebagai komponen dalam GRS, parti-parti yang berada dalam gabungan ini perlu terus memperjuangkan rakyat.

Katanya, perjuangan harus berlandaskan prinsip pembangunan negeri Sabah, mengikut acuan atau cara pemikiran pemimpin-pemimpin Sabah sendiri.

Turut hadir pada majlis pelancaran tersebut ialah Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Seri Yong Teck Lee, Ketua Wanita GRS, Datuk Azizah Mohd Dun, Ketua Wanita PGRS, Datuk Redonah Bahanda dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kunak, Datuk Norazlinah Arif.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:43 PM GMT+8 , Processed in 0.084883 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list