CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4327|Reply: 0

[Sabah] Cubaan seludup masuk pelbagai barangan runcit gagal

[Copy link]
Post time 6-2-2024 07:09 PM | Show all posts |Read mode


RAMPAS: Juragan dan semua barang rampasan dibawa ke Jeti Maritim Tawau untuk siasatan lanjut.

TAWAU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) rampas pelbagai barangan runcit disyaki cuba diseludup masuk dari negara jiran di Kuala Sungai Tawau, di sini, awal pagi tadi.  

Dalam kejadian jam 2.45 pagi itu, semua barangan berkenaan disembunyikan di dalam bot kargo yang dikendalikan seorang juragan warga tempatan berusia 35 tahun.

Pengarah Maritim Malaysia Zon Tawau, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, kejayaan rampasan itu adalah hasil maklumat dan risikan.

Katanya, bot kargo berkenaan dikesan bergerak dalam keadaan mencurigakan dari sempadan perairan negara menuju ke arah muara Sungai Tawau.

“Bot peronda yang sedang melaksanakan Ops Tiris di sekitar perairan Tawau bertindak menahan bot berkenaan untuk pemeriksaan lanjut.

“Pemeriksaan mendapati bot kargo itu dikendalikan seorang lelaki warga tempatan,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.

Menurutnya, hasil penggeledahan ke atas bot itu berjaya menemukan pelbagai barangan yang dipercayai diseludup dari negara jiran.

“Antaranya, lapan kotak gula merah, empat guni beras, empat guni lada putih, dua guni kacang gajus, 720 paket perasa makanan, 312 pek keju, 12 guni beras pulut dan empat guni biji gandum.

“Semua jenis barangan serta jenama itu dipercayai berasal dari negara jiran dan juragan terbabit juga gagal menunjukkan sebarang dokumen atau permit yang sah berkaitan muatan yang dibawa,” katanya

Katanya, suspek terbabit ditahan bersama bot dan muatan seterusnya diiring ke Jeti Maritim Tawau untuk siasatan lanjut.

“Semua barangan termasuk bot kargo, enjin bot dan muatan barangan disita dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM58,000. Kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967,”katanya.

Sementara itu, Shahrizan berkata, penguatkuasaan akan terus dijalankan dari semasa ke semasa bagi membanteras sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang khususnya di perairan daerah ini.

“Maritim Malaysia memandang serius terhadap segala aktiviti jenayah rentas sempadan dan semua aset   ronda bersiap sedia untuk diatur gerak pada bila-bila masa bagi menghadapi sebarang situasi,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 07:44 PM GMT+8 , Processed in 0.070753 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list