CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4801|Reply: 0

[Kedah] Pemandu maut van kilang jatuh gaung

[Copy link]
Post time 6-2-2024 06:47 PM | Show all posts |Read mode
Pemandu maut van kilang jatuh gaung

OlehSITI ZUBAIDAH ZAKARAYA
06 Februari 2024 05:56pm




Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit selepas van dipandu terjatuh ke dalam gaung di Jalan Kampung Kuala Bakong pada pagi Selasa. Foto Pembaca


BALING - Seorang pemandu van kilang maut selepas kenderaan yang dipandu terbabas sebelum jatuh ke dalam gaung di Jalan Kampung Kuala Bakong pada pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Shamsudin Mamat berkata, kejadian kira-kira jam 5 pagi itu dipercayai berlaku ketika mangsa dalam perjalanan ke Padang Serai untuk mengambil penumpang.


Kemalangan dipercayai berlaku ketika mangsa dalam perjalanan mahu mengambil pekerja di Padang Serai. Foto Pembaca



Menurut beliau, pemandu, Meh Md Zeen, 64, beralamat dari Kampung Merbau Pulas mengalami kecederaan di keseluruhan badan dan disahkan maut di lokasi kejadian.

"Kemalangan tersebut berlaku di mana mangsa dari arah Baling dalam perjalanan untuk mengambil pekerja di Padang Serai.


"Apabila sampai di tempat kejadian, kenderaan dipandu dipercayai telah hilang kawalan dan terbabas ke kanan jalan lalu jatuh ke gaung di sebelah kanan," katanya.

Menurut Shamsudin, mangsa dilaporkan tersepit dan dibantu anggota bomba dan penyelamat, bagaimanapun disahkan meninggal dunia.

Mayat telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Kulim untuk proses bedah siasat.


Siasatan dijalankan bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 09:56 AM GMT+8 , Processed in 0.039638 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list