CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18027|Reply: 0

[Pulau Pinang] Mufti gesa podcast promosi zina, sundal dikenakan tindakan

[Copy link]
Post time 6-2-2024 12:45 AM | Show all posts |Read mode
Mufti gesa podcast promosi zina, sundal dikenakan tindakan


Oleh Zuhainy Zulkiffli - Februari 5, 2024 @ 6:34pm  bhnews@bh.com.my




Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor (gambar kecil), melahirkan rasa kesal terhadap tindakan sebuah laman web penstriman yang menjemput ‘Hot Daddy’ sebagai tetamu podcast.




GEORGETOWN: Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, melahirkan rasa kesal terhadap tindakan sebuah laman web penstriman yang menjemput 'Hot Daddy' sebagai tetamu podcast.

Wan Salim berkata, tindakan itu amat mengecewakan dan boleh dianggap sebagai satu cara mempromosikan serta menormalisasikan persundalan.

"Sekiranya keadaan ini tidak dikekang atau dicegah, dibimbangi ia akan mempengaruhi remaja dan membawa mereka ke jurang keruntuhan akhlak," katanya di sini hari ini.

Wan Salim berkata demikian ketika mengulas mengenai tindakan laman web penstriman berkenaan menganjur sesi bual bicara dengan seorang lelaki yang sebelum ini didakwa di mahkamah atas tuduhan mengiklankan video lucah menerusi aplikasi X.

Tindakan menjemput lelaki itu sebagai tetamu podcast, mendapat pelbagai reaksi warganet dan menganggap ia adalah promosi terhadap perlakuan zina.

Mengulas lanjut Wan Salim berkata, kerajaan sepatutnya memandang serius kepada perbuatan itu dan mengambil tindakan tegas terhadap golongan yang mempromosikan kemungkaran sedemikian kerana ia boleh merosakkan nilai akhlak masyarakat.

"Sehubungan itu, kita mohon pihak berkuasa mengambil tindakan segera bagi mendakwa penganjur podcast berkenaan mengikut undang-undang sedia ada.

"Semoga ia menjadi pengajaran kepada semua pihak dan sebagai satu langkah mencegah tindakan menormalisasikan maksiat di negara ini," katanya lagi







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 07:34 AM GMT+8 , Processed in 0.050116 second(s), 24 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list