CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8082|Reply: 0

[Sabah] STB, AirAsia bentuk pelan strategik, bantu lonjak pelancongan Sabah

[Copy link]
Post time 5-2-2024 06:24 PM | Show all posts |Read mode


KERJASAMA: Joniston (lima kanan) menyampaikan cenderahati kepada Bo Lingam (empat kiri). Turut kelihatan dari kiri Paul, Chester, Karen, Julinus, Tan, Tay, dan Zarinah.

KOTA KINABALU: Lembaga Pelancongan Sabah (STB) dan AirAsia bersetuju menghasilkan pelan perkongsian strategik yang bertujuan melonjakkan industri pelancongan Sabah ke tahap baharu.

Inisiatif berkenaan hasil perbincangan di antara delegasi STB yang diketuai Pengerusi STB yang juga Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Joniston Bangkuai bersama pihak pengurusan AirAsia yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutif Bo Lingam di Ibu Pejabat Korporat AirAsia di Sepang Selangor di sini hari ini.

Kedua-dua pihak bersetuju dengan pelan induk lima tahun yang komprehensif dengan cadangan Memorandum Kerjasama (MoC) akan dirasmikan selepas Tahun Baharu Cina ini.

Usaha kerjasama yang dicadangkan itu akan merangkumi visi strategik untuk mempromosikan Sabah dan menarik kemasukan pelancong yang lebih tinggi.

Satu pasukan melibatkan pegawai kanan dari kedua-dua pihak ditugaskan untuk mengusahakan cadangan MoC berkenaan.

Pelan itu meliputi perluasan laluan antarabangsa dan potensi pembangunan Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat.

Pertemuan itu juga susulan dari perbincangan di antara Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor dengan pengasas bersama AirAsia Datuk Kamaruddin Meranun dan Tan Sri Tony Fernandes baru-baru ini.

Semasa mesyuarat itu, Joniston dan Bo menekankan kepentingan untuk memastikan sebarang persetujuan yang dimeterai mampu menguntungkan dan boleh dicapai kedua-dua pihak.

Joniston berkata, tumpuan diberikan untuk mewujudkan perkongsian yang bukan sahaja meningkatkan sektor pelancongan tetapi juga memupuk hubungan positif dan mampan di antara Sabah dan AirAsia.

“Ini bagi memastikan apa jua perkongsian yang diwujudkan akan memberikan manfaat yang ketara untuk industri pelancongan Sabah dan pada masa sama seiring dengan objektif strategik AirAsia,” katanya.

Menurutnya, dalam perkembangan akan datang, AirAsia berkongsi rancangan untuk melancarkan lapan laluan baharu ke Sabah tahun ini termasuk Jakarta, Denpasar, Manado, Shanghai, Osaka, dan Incheon.

Sementara itu Bo berkata, sepanjang 2023 AirAsia menerbangkan lebih dua juta penumpang ke Sabah.

Beliau berkata, AirAsia berhasrat untuk bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri dan bersedia menyokong inisiatif yang seiring dengan kepentingan serta keutamaan Sabah.

Hadir sama Ahli Lembaga Pengarah STB Datuk Tan Kok Liang; Ketua Pegawai Eksekutif STB Julinus Jeffrey Jimit; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif STB Tay Shu Lan; dan Pengurus Pemasaran Zarinah Amiludin.

Wakil AirAsia yang hadir ialah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Datuk Chester Boo Chee Soon; Ketua Pegawai Komersial Kumpulan AirAsia Karen Chan dan Ketua Pegawai Pengurusan Hasil dan Perancangan Rangkaian AirAsia Paul Carroll.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 27891 Replies : 772
Anna Jobling sambut birthday bf di Jakarta
mnh607Anna Jobling sambut birthday bf di Jakar
Views : 12064 Replies : 193
Pelajar Malaysia Perlu Tunjuk Bukti Ada Simpanan RM100,000 jika hendak sambung belajar di Australia
YgBenarPelajar Malaysia Perlu Tunjuk Bukti Ada
Views : 25662 Replies : 178
Cari Forum dah carum ke dekkkk?
stingerkentotCari Forum dah carum ke dekkkk?
Views : 2409 Replies : 10
Demi Zuriat,Wanita ini Mengandung Selepas Buat Bariatrik tetapi kiciwa suami curang dengan perempuan gemuk lain dan diceraikan.
YgBenarDemi Zuriat,Wanita ini Mengandung Selepa
Views : 4205 Replies : 68
Pembongkaran khas projek gagal RM300 juta di Serambi Walaun
pengecattaikPembongkaran khas projek gagal RM300 jut
Views : 1443 Replies : 4
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 107229 Replies : 1549
Ayam DARSA guys! Besar!!!
admin6Ayam DARSA guys! Besar!!!
Views : 7388 Replies : 4
DUA GARIS BIRU
prettygoodDUA GARIS BIRU
Views : 1313 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 11:19 PM GMT+8 , Processed in 0.052712 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list