CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8127|Reply: 0

[Sabah] Polis berpangkat sarjan mengaku tidak bersalah terima rasuah RM2,000

[Copy link]
Post time 5-2-2024 06:21 PM | Show all posts |Read mode


RASUAH: Tertuduh Zakaria Mohd Jasni semasa keluar dari bilik mahkamah. Gambar ihsan SPRM Negeri Sabah

KOTA KINABALU: Seorang anggota polis berpangkat sarjan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Khas Rasuah di sini hari ini atas pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2,000.

Tertuduh Zakaria Mohd Jasni, 40, yang kini bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Jason Juga.

Mengikut pertuduhan, pada 18 Jun 2021 kira-kira jam 12.20 petang semasa bertugas di IPD Kudat, tertuduh meminta rasuah berjumlah RM2,000 yang dimasukkan ke dalam akaun bank milik individu lain sebagai balasan melindungi kegiatan penjualan dadah.

Tindakan tertuduh itu juga bagi mengelakkan pesalah diambil tindakan undang-undang.

Pertuduhan ke atasnya dibuat mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) ASPRM 2009 yang boleh membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan.

Tertuduh dibenarkan ikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin tempatan dan diarahkan supaya melapor diri di Pejabat SPRM setiap dua bulan.

Mahkamah turut mengarahkan supaya tertuduh tidak mengganggu saksi dan pasport antarabangsa milik tertuduh perlu diserahkan kepada pihak mahkamah.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:15 PM GMT+8 , Processed in 1.055504 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list