CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8101|Reply: 0

[Sabah] Kolaborasi PSKS, Hospital Pakar KPJ Sabah jayakan sambutan Hari Kanser Sedunia 2024

[Copy link]
Post time 5-2-2024 06:18 PM | Show all posts |Read mode


SIMBOLIK: Juliah (empat kanan) memalu gong sebagai simbolik perasmian sambutan Hari Kanser Sedunia 2024. Turut kelihatan Lawrence, Mohamad Faizal dan tetamu jemputan lain.

TUARAN: Sempena dengan sambutan Hari Kanser Sedunia 2024, Persatuan Sukarelawan Kanser Sabah (PSKS) dengan kerjasama Hospital Pakar KPJ Sabah menganjurkan program bertemakan Rapatkan Jurang Penjagaan Kanser (Close the Care Gap).

Program berkenaan dirasmikan oleh isteri Ketua Menteri Datin Seri Panglima Juliah Salag di Astaka Padang Tuaran di sini semalam.

Presiden PSKS Lawrence Libur Imui berkata, tahun ini PSKS berkolaborasi dengan Hospital Pakar KPJ Sabah untuk mengambil inisiatif meningkatkan kesedaran mengenai penyakit kanser kepada masyarakat di Sabah.

Katanya, PSKS menganjurkan pelbagai program berkaitan kesedaran kanser di negeri Sabah.

Menurutnya, sempena dengan sambutan Hari Kanser Sedunia ini, banyak aktiviti menarik diadakan termasuk senamrobik, larian amal, tarik tali, pertandingan mewarna kanak-kanak, saringan kesihatan seperti saringan kanser servik dan 'pap smear', dan imbasan payudara.

"Turut diadakan aktiviti ceramah kesihatan daripada doktor pakar, perkhidmatan pergigian, pendaftaran mammogram, cabutan tiket bertuah serta pameran.

"Ceramah kesihatan dikendalikan oleh Perunding Residen Pakar Bedah Am Hospital Pakar KPJ Sabah Dr. Teng Wei Woon dan Perunding Residen Pakar Onkologi Hospital Pakar KPJ Sabah Datuk Dr. Jaswant Singh," katanya.

Beliau berkata, sambutan Hari Kanser Sedunia ini melibatkan penyertaan daripada organisasi bukan kerajaan (NGO) dan badan serta agensi kerajaan.

Dalam pada itu, Juliah dalam ucapan perasmiannya berkata, PSKS berada di landasan yang betul dan harus diberi pujian atas usaha pencegahan penyakit kanser di negeri ini sejak ditubuhkan pada 2014.

"Saya percaya menerusi program ini ramai yang mendapat manfaat dari perkhidmatan kesihatan yang disediakan oleh agensi kerajaan dan swasta seperti Hospital Pakar KPJ Sabah, Pejabat Kesihatan Tuaran, dan Klinik Pergigian Tuaran.

"Mencegah lebih baik dari mengubati. Justeru, setiap individu haruslah peka kepada kesihatan masing-masing dan melakukan pengesanan awal kanser dari semasa ke semasa,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar Hospital Pakar KPJ Sabah Mohamad Faizal Mohammed berkata, objektif sambutan Hari Kanser Sedunia ini adalah untuk meningkatkan kesedaran serta mengajak orang ramai mengambil bahagian dalam usaha mencegah dan membendung penyakit kanser yang kian meningkat.

Menurutnya, kanser adalah satu daripada penyakit tidak berjangkit (non-communicable disease atau NCD) yang penting.

Katanya, kanser juga  penyebab kematian kedua terpenting di dunia, dengan jumlah kes dan kematian yang meningkat setiap tahun.

"Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan peningkatan 93 peratus atau 19.3 juta kes baharu dikesan pada 2020 berbanding 10 juta kes pada 2000.

"Justeru, pengesanan awal serta rawatan yang cepat dan berkesan memberi peluang yang baik kepada pesakit untuk sembuh.

"Di Malaysia, tiga jenis kanser yang paling kerap berlaku dalam kalangan lelaki adalah kanser kolorektal atau usus besar, kanser paru-paru dan kanser prostat manakala, dalam kalangan wanita pula adalah kanser payudara, kanser kolorektal serta kanser serviks," jelasnya.

Beliau berkata, untuk keterangan yang lebih lanjut, orang ramai boleh melayari laman web Hospital Pakar KPJ Sabah di www.kpjhealth.com.my/sabah.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:11 PM GMT+8 , Processed in 0.052335 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list