CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5906|Reply: 0

[Sabah] Parti politik perlu benarkan kerajaan negeri tamatkan tempoh pentadbiran

[Copy link]
Post time 4-2-2024 07:02 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Semua parti politik di negeri ini diminta supaya membenarkan kerajaan negeri menamatkan tempoh pentadbiran dan mengelak menimbulkan masalah.

Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) Datuk Chin Su Phin berkata, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah memperoleh lebih dua pertiga sokongan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Katanya, jumlah sokongan itu cukup kuat untuk membentuk kerajaan negeri yang stabil dan tiada sebab mahu mengadakan Pilihan Raya awal.

“Kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga adalah kerajaan yang stabil di negara ini.

“Memandangkan semua pihak telah memberikan sokongan, kerajaan negeri Sabah harus dibenarkan untuk menyempurnakan penggalnya dengan aman,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Chin berkata, semua parti politik diharap menghormati mandat rakyat dan ingat bahawa pengundi tidak mahu melihat pihak menggunakan kaedah pintu belakang untuk mendapatkan kuasa.

Sementara itu, katanya, ekonomi Sabah kini berada di landasan untuk pulih dan pelancong secara beransur-ansur kembali ke Sabah selepas pandemik COVID-19.
“Parti politik tidak boleh terlalu taksub dengan kepentingan peribadi sehingga sanggup mengorbankan kesejahteraan rakyat.

“Justeru, saya berharap parti-parti politik perlu memberikan peluang untuk kerajaan negeri menghabiskan tempoh pentadbirannya dan selepas itu baru menentukan kerajaan akan datang,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:34 AM GMT+8 , Processed in 0.157503 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list