CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5979|Reply: 0

[Sabah] Maritim Malaysia rampas enam bot bawa kayu tanpa permit

[Copy link]
Post time 4-2-2024 06:53 PM | Show all posts |Read mode


RAMPAS: Antara kayu bakau yang berjaya dirampas dalam operasi berkenaan.

SEMPORNA: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) rampas enam bot sarat dengan muatan kayu bergergaji dan kayu bakau yang dipercayai diperoleh secara haram.

Semua bot berkenaan ditahan di kawasan Hutan Simpan Selatan Pulau Timbun Mata dan Timur Laut Tanjung Tabu-Tabu, di sini semalam.

Pengarah Zon Maritim Semporna, Komander Maritim Amir Shubli berkata, pihaknya yang menjalankan penugasan Op Pluto Timur mengesan semua bot berkenaan dalam mencurigakan di pesisir pulau berkenaan.

Katanya, ketika dihampiri untuk pemeriksaan lanjut, tekong bersama awak-awak nekad bertindak terjun ke laut dan melarikan diri ke kawasan daratan terdekat.

“Hasil pemeriksaan ke atas semua bot mendapati kira-kira 40 batang kayu bergergaji dan 60 batang pokok kayu bakau yang siap dipotong ditinggalkan di dalam bot terbabit.

“Semua kayu-kayu yang dirampas itu dipercayai diperolehi secara haram dan tanpa permit,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, semua barang rampasan yang dianggarkan lebih RM30,000 dibawa ke Pangkalan Maritim Zon Sandakan untuk tindakan lanjut.

“Kayu dan bot berkenaan kemudian diserahkan kepada Jabatan Perhutanan Sabah daerah Semporna untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Enakmen Perhutanan Sabah 1968 iaitu melakukan kesalahan membawa hasil hutan tanpa permit yang sah,” katanya.

Amir berkata, Zon Maritim Semporna akan terus meningkatkan rondaan serta penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi mengekang pelanggaran undang-undang dan jenayah.

“Orang ramai terutamanya komuniti maritim diminta menyalurkan maklumat dan aduan berkaitan aktiviti jenayah di laut kepada Zon Maritim Semporna di talian 089-782619 atau MERS 999,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:46 PM GMT+8 , Processed in 0.507825 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list