CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5169|Reply: 0

[Sabah] Peniaga diminta supaya tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barang

[Copy link]
Post time 4-2-2024 06:08 PM | Show all posts |Read mode


TINJAU: David ketika meninjau ke salah sebuah pasaraya di ibu negeri.

KOTA KINABALU: Para peniaga diingatkan agar tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barangan terutama barang kawalan sepanjang perayaan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.

Presiden Persatuan Pengguna Bijak Pantai Barat Sabah, David Chan berkata, tindakan menaikkan harga barang kawalan seperti telur, gula, tepung dan sebagainya adalah menjadi satu kesalahan dan boleh dikenakan kompaun jika sabit kesalahan.

Justeru beliau menasihatkan semua peniaga supaya tidak sesekali cuba mengambil kesempatan di atas permintaan tinggi menjelang musim perayaan dengan menaikkan harga barang kawalan sesuka hati.

"Pembeli pula diingatkan bahawa mereka mempunyai hak untuk membuat pilihan dengan membeli di kedai yang menjual barangan dengan harga yang berpatutan dan bertindak membuat laporan jika menemui ada peniaga cuba melanggar undang-undang.

"Setiap peniaga mempunyai tanggungjawab agar tidak membebankan golongan pengguna yang berdepan dengan pelbagai kenaikan kos sara hidup, jangan cuba mengambil kesempatan atau melanggar akta sedia ada di seluruh Sabah," katanya.

Beliau berkata, peniaga juga perlu meletak tanda harga pada semua barangan jualan bagi kemudahan pengguna ketika membeli-belah serta mengelak daripada mengelirukan pengguna.

Katanya, pembeli wajar memulaukan mana-mana peniaga yang cuba mengaut keuntungan mudah khususnya semasa sambutan Tahun Baru Cina tahun ini, dan pihak penguat kuasa Kementerian Pengguna dan Kos Sara Hidup wajar memantau lebih ketat isu-isu harga barang, stok bekalan subsidi dan sebagainya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:37 AM GMT+8 , Processed in 0.075674 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list