CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4101|Reply: 0

[Sabah] Anggota penguat kuasa terima rasuah RM2,000 ditahan SPRM

[Copy link]
Post time 4-2-2024 06:06 PM | Show all posts |Read mode


Utusan Borneo

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang anggota penguat kuasa selepas dipercayai meminta dan menerima rasuah sebanyak kira-kira RM2,000.

Menurut sumber, suapan itu adalah sebagai balasan melindungi kegiatan penjualan dadah dan mengelakkan dari dikenakan tindakan undang-undang.

Katanya, suspek lelaki berumur 40-an itu ditahan kira-kira jam 9 pagi Jumaat ketika diminta hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Sabah.

Tambahnya, lelaki itu juga ditahan kerana menerima wang rasuah yang dimasukkan ke dalam akaun bank milik seorang individu lain pada 2021.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy semasa dihubungi mengesahkan tangkapan dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Beliau berkata, suspek bagaimanapun dilepaskan dengan jaminan seorang penjamin sebanyak RM10,000 tanpa deposit dan akan dituduh pada 5 Februari depan di Mahkamah Khas Rasuah di sini.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:13 PM GMT+8 , Processed in 0.249297 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list