CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2652|Reply: 0

[Sabah] Maritim Malaysia tahan bot penumpang bawa 973 kilogram barang kawalan tanpa permit

[Copy link]
Post time 4-2-2024 06:04 PM | Show all posts |Read mode


RAMPAS: Barang kawalan tanpa permit yang dirampas di dalam bot terbabit.

TAWAU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tawau berjaya menahan sebuah bot penumpang yang didapati membawa barang kawalan tanpa permit di kedudukan 1.7 batu nautika barat daya Sungai Logpond di sini.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, bot terbabit pada mulanya ditahan oleh bot peronda Zon Maritim Tawau untuk pemeriksaan dalam satu siri rondaan Op Sejahtera1/06 dan Op Tiris kira-kira jam 8.30 malam.

“Hasil siasatan mendapati, bot yang dipercayai menuju ke Pulau Sebatik itu berdaftar dengan kelas penumpang, bagaimanapun ia digunakan untuk memuatkan barang-barang.

“Bot yang dikendalikan seorang tekong lelaki warga tempatan bersama seorang kru lelaki warga Indonesia masing-masing berumur 67 tahun itu turut didapati membawa barang kawalan termasuk 29 kotak minyak masak seberat 493 kilogram dan 20 pek gula pasir berjumlah 480 kilogram.

“Pemeriksaan lanjut juga mendapati bot berkenaan gagal mengisytihar permit berkaitan barangan yang dibawa,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Katanya, bot serta dua kru terbabit diiring masuk ke jeti Maritim Malaysia Tawau untuk siasatan lanjut.

Tambahnya, kesemua rampasan termasuk bot, enjin dan muatan dianggarkan bernilai lebih RM30 ribu.

“Kes ini juga diserahkan kepada pegawai penyiasat Zon Maritim Tawau untuk disiasat mengikut Enakmen Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002 (JPDS) dan Akta Kastam 1967 akibat salah guna lesen dan membawa barang-barang kawalan tanpa permit.

“Maritim Malaysia juga akan mempergiat tugas pemantauan, rondaan dan penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan komuniti setempat mematuhi peruntukan undang-undang di zon maritim negara.

“Orang ramai boleh membuat aduan kecemasan dan menyalurkan maklumat jenayah di perairan Tawau ke Pusat Operasi Maritim Malaysia Tawau di talian 089-752115 atau MERS 999 yang beroperasi 24 jam,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:37 AM GMT+8 , Processed in 0.054466 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list