CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2276|Reply: 0

[Sabah] FIC G2000 Mk II tingkat keupayaan pengawasan, pintasan di perairan cetek, berpulau

[Copy link]
Post time 4-2-2024 05:59 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 4-2-2024 10:00 AM



SERAH: Mohamed Khaled menyaksikan penyerahan replika FIC G2000 Mk II kepada Abdul Rahman sebagai simbolik penerimaan semasa majlis terbabit.

FIC: Abdul Rahman menerima replika FIC G2000 Mk II semasa majlis penyerahan terbabit.

KOTA KINABALU: Markas Pemerintahan Armada Timur menerima empat aset baharu Fast

Interceptor Craft (FIC) G2000 Mk II yang berperanan sebagai elemen sokongan pertahanan maritim kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam meningkatkan keupayaan pengawasan dan pintasan terutamanya di perairan yang cetek dan berpulau.

Panglima Tentera Laut, Laksmana Tan Sri Abdul Rahman Ayob berkata, perolehan FIC ini adalah bukti komitmen TLDM untuk sentiasa siap siaga bagi menghadapi pelbagai cabaran terutamanya dalam menangani ancaman keselamatan negara yang dinamik dan sentiasa berubah.

“Perolehan FIC ini ke dalam armada TLDM khasnya Armada Timur sebagai force multipliers menandakan satu babak baru yang pastinya akan meningkatkan keberkesanan operasi TLDM terutamanya di perairan pesisir pantai.

“Penting bagi TLDM untuk bertindak dengan cepat dan pantas dalam meningkatkan keupayaan cegah rintang yang menjadi faktor kritikal dalam menjamin kedaulatan negara.

“Oleh itu, rekaan khas FIC yang mempunyai ciri-ciri kecekapan, kelajuan, dan ketepatan membolehkan TLDM bertindak pantas mencegah ancaman bukan tradisonal dan asimetrik dengan lebih efektif termasuklah jenayah rentas sempadan, penyeludupan, pemerdagangan manusia, rompakan di laut serta aktiviti pelanunan di perairan negara,” katanya semasa berucap pada majlis penyerahan empat buah FIC G2000 Mk II di sini.

Majlis disempurnakan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Pengarah Urusan Gading Marine GMISB, Datuk Jamalolail Mohd Yatim.

Bercakap lanjut beliau berkata, FIC G2000 Mk II unik berbanding FIC terdahulu kerana ia turut dilengkapi dengan Remote Control Weapon Station (RCWS) Escribano yang membolehkan penembakan senjata jenis CANiK M2 Quick Change Barrel (QCB) 12.7mm Heavy Machine Gun (HMG) dilaksanakan secara automatik.

“FIC G2000 Mk II dengan panjang 18 meter ini juga dilengkapi dengan enjin yang lebih berkuasa dan berkemampuan untuk mencapai kelajuan sehingga 52 knot.

“Susun atur dalaman FIC ini juga sudah ditambah baik bagi memberikan lebih keselesaan kepada kru ketika melaksanakan operasi,” katanya.

Tambahnya, dengan adanya aset ini, pihaknya memberi jaminan bahawa TLDM akan sentiasa bekerjasama dengan pasukan sahabat yang lain dalam memastikan usaha untuk memelihara keutuhan dan melindungi kedaulatan negara dapat dilaksanakan dengan efektif serta efisien seperti yang dinyatakan dalam Dasar
Keselamatan Negara 2021-2025 dan Kertas Putih Pertahanan, pendekatan Whole-of-Government atau Pertahanan Menyeluruh (HANRUH).

Sementara itu, Mohamed Khaled berkata, kejayaan syarikat tempatan iaitu Gading Marine Industry Sendirian Berhad dalam pembinaan FIC G2000 Mk II harus dipuji kerana berjaya membina dan melaksanakan penyerahan kepada TLDM tepat pada masanya mengikut kontrak iaitu dalam tempoh 16 bulan.

Katanya, kejayaan ini juga membuktikan bahawa industri pertahanan tempatan khususnya dalam sektor maritim juga mempunyai kebolehan dan berpotensi untuk lebih maju serta berdaya saing dengan industri pertahanan maritim di peringkat global.

“Perolehan FIC G2000 Mk II ini melibatkan tiga fasa iaitu TLDM akan menerima keseluruhan sebanyak 13 buah FIC secara berperingkat.

“Pada Februari 2021, TLDM menerima sejumlah enam buah FIC G2000 Mk I dan aset ini turut dibina oleh GMISB melalui Projek Perolehan Operasi Benteng (Op Benteng),” katanya.

Beliau berkata, aset ini terbukti efektif digunakan dalam membendung dan menyekat kegiatan jenayah rentas sempadan meliputi pengekangan kemasukan Pendatang Tanpa Izin (PTI), penyeludupan, pelanunan, rompakan laut, pemerdagangan manusia dan pencerobohan nelayan asing terutamanya di perairan yang mempunyai kedalaman terhad atau cetek.

“Keempat-empat FIC G2000 Mk II yang diterima ini akan ditempatkan di sini dan Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2), Sandakan bagi memperkasakan tahap keselamatan

maritim terutamanya di perairan Sabah Timur selain bertindak sebagai aset pelengkap atau force multiplier kepada TLDM,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:51 AM GMT+8 , Processed in 0.054073 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list