CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2881|Reply: 0

[Pahang] 2 guru rugi RM150,000 diperdaya sindiket penipuan dalam talian

[Copy link]
Post time 4-2-2024 05:21 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Kuantan: Dua guru kerugian RM158,176 selepas terima panggilan pegawai pos dan tekan pautan di media sosial untuk buat pembelian atas talian.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata mangsa pertama adalah guru wanita berusia 54 tahun yang menerima panggilan telefon daripada suspek yang memperkenalkan diri sebagai pegawai Pejabat Pos Alor Setar pada 28 Ogos tahun lalu.

Katanya, suspek kemudiannya meminta mangsa membuat tuntutan barang yang diterima atas nama mangsa iaitu kad sim, buku cek token serta pemacu kilat.

"Mangsa menafikannya tetapi panggilan itu disambungkan kepada pegawai polis yang memberitahu bahawa mangsa terbabit dengan kes pengubahan wang haram dan penjualan dadah.



"Mangsa diminta untuk membuat pemindahan wang sebanyak RM89,450 kepada empat akaun bank yang berlainan untuk membersihkan nama daripada kes terbabit dan sumber kewangan adalah daripada wang simpanan mangsa," katanya dalam kenyataan hari ini.

Yahaya berkata, kes dua pula membabitkan guru lelaki berusia 51 tahun yang mengalami kerugian RM68,726 selepas melihat iklan jualan smart tag berharga RM150 di laman sosial Facebook pada 27 Januari lalu.

Katanya, berdasarkan laporan, mangsa diberi satu pautan bagi urusan pembelian.

"Selepas memasukkan butiran nama, nombor kad pengenalan dan alamat rumah, mangsa membuat pembayaran di pautan itu tetapi gagal.

"Namun, pada 29 Januari lalu, mangsa mendapati sebanyak 14 transaksi pengeluaran wang berjumlah RM68,726 dibuat daripada akaun bank miliknya. Sumber kewangan adalah wang simpanan mangsa.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.

Katanya, masyarakat diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon yang diterima di pautan https://semakmule.rmp. gov.myterlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... nipuan-dalam-talian

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 08:27 PM GMT+8 , Processed in 0.057524 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list