CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28722|Reply: 0

[Kedah] 'Mak cik ampunkan, halalkan makan minum, susu mak cik bagi pada dia'

[Copy link]
Post time 2-2-2024 06:20 PM | Show all posts |Read mode
'Mak cik ampunkan, halalkan makan minum, susu mak cik bagi pada dia'

OlehNURUL HIDAYAH HAMID
02 Februari 2024 05:20pm




Ruzita (kanan) tidak dapat menahan kesedihan selepas anaknya terlibat dalam kemalangan maut di Kilometer 77.5 Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat Gurun pada Jumaat. Foto Bernama




ALOR SETAR - Ibu kepada salah seorang daripada tiga anggota tentera yang maut dalam kemalangan di Kilometer 75 Lebuhraya Utara Selatan di sini pada Jumaat, masih terkejut dan tidak menyangka tragedi menyayat hati berlaku ke atas keluarganya.

Menurut Ruzita Zulkifli, 58, dia terkejut apabila diberitahu suaminya Haris Hamzah, 71, bahawa ada menerima panggilan memaklumkan anak lelaki mereka, Lans Koperal Mohd Hafiz Haris, 30, maut dalam kemalangan.



"Apabila abah dia (arwah) bagi tahu (berita kemalangan), mak cik kata tak betul abah. (Mak cik rasa) bukan dia, dia tak meninggal lagi.

"Mak cik tak boleh terima (dan) mak cik rasa macam mimpi tapi kena terima juga, kena reda," katanya ketika ditemui di perkarangan Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, pada Jumaat.




Ruzita




Bagaimanapun, Ruzita berkata, dia reda dan dapat menerima hakikat selepas anak ketiga mengesahkan kejadian terbabit.

Menurutnya, Allahyarham yang merupakan anak kedua daripada empat beradik seorang yang taat pada agama dan bertanggungjawab kepada ibu bapa serta keluarga.

"Mak cik nak bisik dekat telinga dia (arwah) mak cik ampunkan dia, mak cik halalkan makan minum dan susu mak cik bagi pada dia, cuma itu sahaja mak cik nak bisik dekat telinga dia. Semoga ditempatkan di tempat orang yang beriman, dia anak yang baik," katanya.




Adik ipar Allahyarham, Ahmad Aizat Ishak, 27, berkata, dia telah memaklumkan kejadian itu kepada isteri mangsa, Nur Hasni Ishak, 32.

Ahmad Aizat memaklumkan, kakaknya kini dalam perjalanan dari rumah sewanya di Pengkalan Hulu ke HSB.


Suasana pilu menyelubungi pekarangan Jabatan Forensik HSB pada Jumaat.




Menurutnya, mereka sekeluarga terkejut dengan kejadian itu memandangkan mangsa bersikap seperti biasa dan tidak menunjukkan sebarangan perubahan.



Jenazah Mohd Hafiz akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al Wajdi, Bukit Selambau sebaik selesai urusan bedah siasat.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-5-2024 09:38 AM GMT+8 , Processed in 0.363981 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list