CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28508|Reply: 0

[Perlis] MAIPs salur RM8.9 juta untuk bantuan persekolahan 2024

  [Copy link]
Post time 2-2-2024 06:05 PM | Show all posts |Read mode
MAIPs salur RM8.9 juta untuk bantuan persekolahan 2024


BERNAMA



Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail



Arau: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) memperuntukkan sejumlah RM8,920,800 bagi bantuan persekolahan 2024 kepada anak-anak golongan asnaf di seluruh Perlis.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Mohd Nazim Mohd Noor berkata seramai 7,538 murid sekolah rendah dan 5,206 pelajar sekolah menengah akan menerima manfaat bantuan persekolahan itu.

Beliau berkata setiap pelajar akan menerima agihan sumbangan dalam bentuk pakaian sekolah dan alat tulis bernilai RM300 serta duit poket sebanyak RM100 yang akan disalurkan melalui pengurusan sekolah.

"Bantuan sebanyak RM300 lagi diuruskan sekolah untuk meningkatkan aktiviti pelajar berkenaan," katanya kepada Bernama selepas majlis penyampaian sumbangan bantuan persekolahan itu di Masjid Al-Falah Kolej Matrikulasi Perlis di sini hari ini.
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyempurnakan penyampaian sumbangan itu.





Mohd Nazim berkata MAIPs berterima kasih kepada Jabatan Pendidikan Negeri Perlis yang membantu mengenal pasti anak-anak golongan asnaf berkelayakan menerima bantuan itu sekali gus memudahkan kerja pengagihan sumbangan itu kepada golongan memerlukan.



Disiarkan pada: Februari 2, 2024 @ 6:03pm








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:20 AM GMT+8 , Processed in 0.326699 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list