CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6982|Reply: 0

[Sabah] Empat rumah, dua kenderaan musnah dalam kebakaran di Sembulan

[Copy link]
Post time 2-2-2024 01:21 PM | Show all posts |Read mode


PADAM: Pasukan bomba menjalankan operasi memadam kebakaran.



TERBAKAR: Keadaan lokasi kebakaran rumah setinggan atas air di Kampung Sembulan Tengah, di sini.

KOTA KINABALU: Empat rumah termasuk tiga rumah kongsi musnah, manakala dua lagi kenderaan terjejas dalam kebakaran di kawasan setinggan atas air di Kampung Sembulan Tengah, di sini.

Pegawai Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Penguasa Bomba, Mohammad Hannis Moktar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkenaan kejadian pada jam 1.05 pagi.

Katanya, seramai 45 pegawai dan anggota dari BBP Kota Kinabalu dan Lintas bergegas ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi pemadaman
“Kebakaran membabitkan empat rumah termasuk tiga rumah kongsi yang mempunyai 30 pintu musnah dan operasi pemadaman menggunakan empat aliran daripada sumber air jentera dan pili bomba berhampiran.

"Turut terbakar dua kenderaan jenis pacuan empat roda terbakar 10 peratus manakala kenderaan pelbagai guna (MPV) terbakar lima peratus," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Menurutnya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan operasi terkawal pada jam 1.45 pagi.

"Anggota bomba berjaya mengawal api daripada terus merebak dan menyelamatkan puluhan rumah daripada terbakar.

"Anggaran kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.

Operasi pemadaman turut dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).

Sementara itu, seorang daripada mangsa kebakaran Hernah Hassan, 43, berkata, ketukan jiran membantu menyelamatkan mereka sekeluarga daripada kebakaran terbabit.

"Nasib baik jiran mengetuk pintu dan mengarahkan kami keluar dengan segera kerana rumah jiran di sebelah sedang terbakar.

"Jika tidak, berkemungkinan besar saya, suami dan enam anak termasuk anak saya berumur setahun yang lena tidur akan terperangkap," katanya.

Hernah berkata, dia bersama suami serta enam anaknya berumur setahun hingga 16 tahun sedang tidur di rumah ketika kebakaran berlaku.

"Sebaik makluman itu, tanpa berlengah, saya mendakap anak bongsu manakala suami meminta anak yang lain segera keluar menyelamatkan diri," katanya.

Menurutnya, api marak dengan begitu cepat tanpa sempat menyelamatkan harta benda.

"Tiada apa yang dapat diselamatkan, hanya pakaian yang saya pakai sahaja yang tinggal, semuanya musnah.

"Saya terpaksa menumpang di rumah jiran buat sementara waktu," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:50 AM GMT+8 , Processed in 0.079244 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list