CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6980|Reply: 0

[Sabah] Nenek, cucu ditemukan rentung di Ranau

[Copy link]
Post time 2-2-2024 01:20 PM | Show all posts |Read mode


TERBAKAR: Keadaan kebakaran yang memusnahkan rumah mangsa.

RANAU: Seorang nenek dan cucu perempuannya ditemukan rentung dalam kebakaran di Kampung Matan, di sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Ridwan Mohd Taib berkata, mayat Jafflan Sigal, 60, dan cucunya dikenali sebagai Carla yang berumur empat tahun ditemukan di dalam bilik oleh pasukan bomba sebaik api dipadamkan.

“Difahamkan, terdapat tiga ahli keluarga di dalam rumah terbabit dan semasa kejadian, hanya dua ahli keluarga yang berada di rumah manakala seorang lagi menjaga kedai yang terletak di hadapan rumah berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, panggilan kecemasan berhubung kejadian diterima pada jam 10.53 malam.

“Bertindak dengan kejadian, sepasukan pegawai bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke tempat kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba bertindak memadam kebakaran menggunakan dua pancutan, dua aliran dan sumber air dari tangki jentera dan pili bomba berhampiran,” katanya.

Beliau berkata, kebakaran berjaya dikawal daripada merebak lebih besar bagaimanapun kebakaran memusnahkan sebuah rumah jenis tidak kekal.

“Hasil pemeriksaan menemukan dua mangsa rentung di dalam salah sebuab bilik di rumah berkenaan.

“Mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

"Operasi terkawal pada jam 11.45 malam dan punca kejadian masih dalam siasatan pasukan bomba," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:11 AM GMT+8 , Processed in 0.056621 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list