CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2079|Reply: 0

[Pulau Pinang] Mufti Pulau Pinang nasihat imam berhenti merokok

  [Copy link]
Post time 2-2-2024 12:13 PM | Show all posts |Read mode
Mufti Pulau Pinang nasihat imam berhenti merokok


Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my



GAMBAR hiasan. FOTO BERNAMA




Georgetown: Sah solat di belakang seorang imam yang fasik atau merokok, kata Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.

Beliau berkata demikian berdasarkan pandangan Mantan Mufti Arab Saudi, Almarhum Sheikh Abdul 'Aziz Baz sebelum ini.

"Bagaimanapun adalah wajib ke atas kerajaan melantik imam daripada kalangan orang baik-baik dan istiqamah (baik ibadah dan akhlak)," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Wan Salim berkata demikian ketika mengulas video tular di media sosial mengenai seorang individu yang mendakwa solat seseorang Muslim itu tidak sah sekiranya imam berkenaan merokok.

Menerusi video itu, individu berkenaan mendakwa solat imam yang merokok juga tidak sah kerana rokok mempunyai najis termasuk hemoglobin babi manakala tembakau pula direndam dengan arak supaya tahan lama dan kerana itu seseorang itu tidak layak menjadi imam.

Mengulas lanjut Wan Salim turut menasihati imam yang mempunyai tabiat merokok bagi menghentikan tabiat itu.

"Kita mahu menonjolkan imej seorang imam yang boleh dijadikan teladan yang baik bagi anak jemaah.

"Jadi, nasihat saya kepada imam, cubalah hentikan tabiat yang tidak baik ini," katanya.



Disiarkan pada: Februari 2, 2024 @ 12:01pm








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 12:37 AM GMT+8 , Processed in 0.093336 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list