CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22635|Reply: 0

[Kedah] Bekas penyerang Kedah diserang strok kali keempat

[Copy link]
Post time 1-2-2024 06:24 PM | Show all posts |Read mode
Bekas penyerang Kedah diserang strok kali keempat

OlehWAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR
01 Februari 2024 05:00pm




Dari kiri, Muhammad Radhi, Abdul Rahman dan Wan Romani semasa menziarahi bekas pemain Kedah itu di rumahnya di Langgar, Alor Setar pada khamis.




ALOR SETAR - Bekas pemain bola sepak Kedah era 90-an, Abdul Rahman Tasu, 61, kini berdepan masalah kesihatan apabila menderita akibat angin ahmar buat kali keempat.

Bekas penyerang yang membantu Kedah menjulang Piala Malaysia menewaskan Singapura pada tahun 1990 itu terpaksa bergerak menggunakan kerusi roda dan perlu diuruskan oleh isterinya sepanjang masa.



Isterinya, Asmanida Ismail, 45, berkata, Abdul Rahman diserang penyakit itu buat kali keempat sejak 16 September tahun lalu dan menyebabkan suaminya tidak mampu lagi bercakap namun semangatnya kembali pulih dan ceria selepas ramai pihak tampil untuk membantu.

“Syukur Alhamdulilah, kami menerima bantuan sejak kisah kami berdua diketahui ramai, sumbangan orang ramai termasuk tunai banyak meringankan beban kami dan digunakan membiayai kos rawatan suami.



“Keprihatinan yang diberikan rakan-rakan dan orang ramai membuatkan suami bersemangat untuk kembali pulih dengan sekurang-kurangnya dapat bercakap,” katanya semasa menerima kunjungan Exco Belia dan Sukan negeri Kedah, Muhammad Radhi Mat Din pada Khamis.


Econsave menyampaikan sumbangan keperluan harian kepada keluarga Abdul Rahman dengan nilai RM1,500 di rumahnya di Langgar, Alor Setar pada Khamis.




Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Pinang, Datuk Wan Romani Wan Salim dan Pengurus Besar Econsave Bahagian Utara, Zamzuri Mansor yang menyampaikan bantuan Econsave Prihatin merangkumi keperluan harian bernilai RM1,500.

Sementara itu, Muhammad Radhi berkata, Abdul Rahman adalah bekas rakan sepasukannya sewaktu bersama Kedah dan bersedia membantu menyediakan peralatan perniagaan bagi diusahakan isteri Abdul Rahman.




Menurutnya, Asmanida terpaksa berhenti kerja bagi memberi tumpuan penuh menjaga Abdul Rahman dan menyatakan mahu berniaga kecil-kecilan bagi menampung perbelanjaan seharian mereka.

“Kita juga akan melihat keperluan-keperluan lain dari masa ke semasa dan terima kasih kepada pihak Econsave yang melakukan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada insan memerlukan,” kata beliau.

Ujar Muhammad Radhi, rakan-rakan seangkatan Abdul Rahman juga diminta dapat menziarahi bekas pemain itu untuk memberikan sokongan dan semangat agar dia segera sembuh.






Dalam pada itu, Zamzuri berkata, sumbangan Econsave Prihatin adalah CSR daripada Econsave dan juga pelanggan-pelanggannya untuk membantu mereka yang memerlukan dalam meringankan beban yang ditanggung oleh mereka yang tidak bernasib baik.

Wan Romani pula semasa ditemui berkata, pihaknya akan menyediakan peruntukan khas untuk rumah sewa didiami Abdul Rahman dan Asmanida yang dilihat agak usang dan bakal melakukan pendawaian elektrik semula untuk keselamatan pasangan tersebut.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:50 AM GMT+8 , Processed in 0.124088 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list