CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9135|Reply: 0

[Pulau Pinang] Empangan Air Itam susut, pembenihan awam sedang diusahakan

[Copy link]
Post time 30-1-2024 05:02 PM | Show all posts |Read mode

PBAPP mengusulkan permohonan pembenihan awan untuk mengatasi penyusutan air di Empangan Air Itam.

Georgetown: Kapasiti efektif Empangan Air Itam di sini, terus mengalami penyusutan yang agak membimbangkan kepada 33.7 peratus setakat 2 petang hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) Ir K Pathmanathan berkata, pihaknya mengambil maklum perkembangan terbaharu itu dan mengesahkan kapasiti empangan terbabit sudah melampaui tahap amaran dua sejak semalam.

"PBAPP mengusulkan permohonan pembenihan awan dan mengadakan perbincangan bersama pihak Bahagian Kawal Selia Air (BKSA) Pulau Pinang untuk tindakan lanjut.

"Cadangan-cadangan lain akan dimuktamadkan selepas kerja-kerja 'shutdown' (di Sungai Perai) selesai sepenuhnya," katanya ringkas ketika dihubungi BH.


Sebagai rekod, tahap waspada pertama pada kadar 50 peratus, tahap kedua sebanyak 40 peratus, manakala tahap ketiga ialah pada paras 30 peratus dan ke bawah.

PBAPP pada ketika ini sedang memberi tumpuan terhadap kerja-kerja fizikal pengalihan saluran paip di Sungai Perai, dekat sini yang dijadual bermula 11.30 malam hari ini yang dijangka selesai 2 petang esok.

Empangan Air Itam merekodkan kapasiti efektif 83 peratus, 1 Disember lalu namun insiden paip pecah di Sungai Perai bulan lalu menyebabkan penggunaannya ditingkatkan bagi menampung kegunaan penduduk terjejas menyebabkan paras air menyusut kepada 66.7 peratus pada 5 Januari lalu.

Sebelum ini, Ketua Menteri PulauPiang Chow Kon Yeow dilaporkan berkata, rekod pengeluaran air terawat dari Loji Rawatan Air (LRA) Air Itam yang digunakan ketika krisis itu berlaku adalah sebanyak 40 juta liter sehari (JLH) berbanding 22JLH pada hari biasa.

Penyusutan itu turut didorong dengan cuaca kering ketika ini dengan taburan hujan di kawasan berkenaan rendah dengan empangan berkenaan membekalkan air kepada kira-kira 170,000 penduduk antaranya meliputi kawasan Air Itam, Paya Terubong dan Jalan Masjid Negeri di bahagian pulau.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... m-sedang-diusahakan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 01:48 AM GMT+8 , Processed in 0.815820 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list