[Politik]
DAIM DIDAKWA! Daim buta sebelah mata, strok. Daim bertegas beliau tidak takut nasib yang akan menimpa dirinya. Namun beliau takut dengan masa depan Malaysia
Lumpur hari ini atas pertuduhan gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan harta. - Gambar/ Shahir Omar/ Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Peguam bagi pihak Tun Dr Daim Zainuddin memberitahu Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin bahawa bekas Menteri Kewangan itu bukan sahaja buta sebelah mata, malah diserang penyakit angin ahmar, beberapa tahun lalu.
Peguam, M Puravalen berkata, Daim, 86, mengalami masalah kesihatan yang kronik apabila mata kirinya dijangkiti kuman sehingga menyebabkan ia terpaksa dikeluarkan.
Ketika prosiding mitigasi untuk mengurangkan jumlah ikat jamin di hadapan Hakiilm, Azura Alwi, peguam itu berkata, bekas pemimpin UMNO berkenaan turut mengalami masalah pertuturan kerana ‘minor’ strok.
“Yang Arif boleh lihat sendiri keadaannya, beliau terpaksa dipapah bahkan hadir ke mahkamah dengan berkerusi roda.
“Daim merupakan seorang pesakit buah pinggang dan kini hanya terperuk di rumah,” kata peguam itu selepas pihak pendakwaan mencadangkan Daim melaporkan diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya sekali setiap bulan.
Mengenangkan tahap kesihatan itu, Puravalen turut membantah syarat tambahan menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes itu selesai.
Beliau berkata, agak mustahil bagi anak guamnya menggunakan pasport untuk melakukan perjalanan yang jauh.
Daim didakwa tidak isytihar harta libatkan 38 syarikat, 25 unit hartanah, kereta mewah
Pada Isnin, Daim, 86, didakwa sengaja memberikan satu pernyataan bertulis secara bersumpah yang tidak mematuhi terma notis bawah Seksyen 36(1)(a) Akta SPRM 2009 bertarikh 8 November 2023.
Notis itu dihantar kepada tertuduh oleh seorang Pesuruhjaya SPRM pada 14 November tahun sama, iaitu dengan tidak mengisytiharkan harta-harta di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, pada 13 Disember 2023.
Harta itu membabitkan aset antaranya akaun Amanah Saham Nasional Berhad (ASB), tujuh kenderaan seperti Jaguar serta Rolls Royce, 38 syarikat dan 25 hartanah/ tanah di ibu negara, Selangor, Negeri Sembilan, Perak termasuk Pahang.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin, Ahmad Feisal Mohd Azmi, Mohamad Fadhly Mohd Zamry dan Maziah Mohaide.
Selain Puravalen, peguam, Nizamuddin Hamid, N Rajesvaran dan Sachpreetraj Singh turut hadir bagi mewakili bekas ahli politik berkenaan.
Sebelum prosiding bermula, Toh Puan Na'imah Abdul Khalid menolak kerusi roda dengan penuh berhat-hati malah turut menemani suaminya itu berdekatan kandang tertuduh.
Meskipun duduk di kerusi roda, Daim yang membongkok kelihatan kurang bermaya selain suaranya sukar untuk didengari.
Prosiding tersebut dihadiri ahli keluarga Daim dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. - Sinar Harian
...............
Earlier today, former finance minister Daim Zainuddin claimed trial to a charge of failing to comply with a MACC notice requiring a declaration of assets.
KUALA LUMPUR: Former finance minister Daim Zainuddin took a swipe at Prime Minister Anwar Ibrahim after being charged with failing to comply with a Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) notice requiring him to declare his assets.
At a press conference at the court complex here, Daim claimed that Malaysia was currently under a government that “is abusing its powers, while betraying all the promises of reform”.
Stay up-to-date by following FMT's Telegram channel
“A wolf in sheep’s clothing who cries reforms, but does the polar opposite.
“I am not too bothered about my fate now. Let Anwar throw everything at me, but I fear for the fate of my country,” he said.
Daim also said that integrity and good governance have gone out the window, claiming also that independent institutions such as the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC), Attorney-General’s Chambers, and Inland Revenue Board (LHDN) have been made “pliable tools to pursue political opponents”.
“The Sedition Act, Communication and Multimedia Act (CMA), and Peaceful Assembly Act (PAA) are wantonly used against those who speak up and criticise the government or Anwar.
“Is this the new Malaysia that was promised?” he added.
He urged Malaysians to stand up against Anwar and his regime, saying that a government is accountable to its people, not the other way around.
Earlier today, Daim pleaded not guilty to a charge under Section 36(2) of the MACC Act 2009 of failing to comply with the terms of an asset declaration notice issued by MACC.
If convicted, he faces a jail term of up to five years and a fine of not more than RM100,000.
Last week, Daim’s wife Naimah Khalid pleaded not guilty in the Kuala Lumpur sessions court to one count under the same law for allegedly failing to comply with the terms of an asset declaration notice from MACC.
We are live on Telegram, subscribe here for breaking news and the latest announcements.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 29-1-2024 02:27 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Udah buta le plkk.. si wak jahit hari tuu pun sakit teruk jgk tp laa nii dah alhmdlh sihat.. hahahaha.. yg ketua menteri sabah ke hari tuu pun sakit teruk jgk tp yg itu aku tertinggal ketapi.. idup ke mati ke tahh tp mmg sakit teruk sggh
Author|Post time 29-1-2024 02:39 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Buritan replied at 29-1-2024 02:29 PM
Kita yg marhaen ni baguss.. dah tua tua duk atas kusi roda tadak eh nak pi mhkmh..
Tu sbb ada orang tua2 ckp masa muda kita kena beringat kak. Jgn wat jahat pd orang. Masa tgh sihat mmglah kita rasa kita plg kuat. Tp bila dh tua sedihhh sgt. Saya harap kita semua dpt hidup tenang2 di hari tua
Post time 29-1-2024 02:56 PMFrom the mobile phone|Show all posts
green~tea replied at 29-1-2024 02:43 PM
Dah nak mampus pun maseh lagi nak buat fitnah kat orang.. kau yanh hancur kan masa depan malaysia
Dengar 2 mths pregnancy? Kematian iteww pasti...jgn ko sebut2 org lain....yg ko sedang bawa iteww pulak dek mulut ko yg macam see yal...terpalit....but then again kalo imaginary pregnancy ...takda hal utk sebut kheunz?
Post time 29-1-2024 03:04 PMFrom the mobile phone|Show all posts
green~tea replied at 29-1-2024 02:46 PM
Dia cari geng je tu... tanak kena sebat sorang2...
Mari melondeh berjemaah utk disebat :lol ...
First and foremost he is 85 yrs old...tidak boleh dihukum sebat.
Second...jika disabit kesalahan atas dakwaan keatasnyer tidak ada hukuman sebat kecuali denda up to RM100K dan penjara not more than 5 yrs...