CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6671|Reply: 0

[Kedah] Syarikat proses ayam didenda RM15,000 lepas efluen ke longkang

  [Copy link]
Post time 29-1-2024 12:49 PM | Show all posts |Read mode
Syarikat proses ayam didenda RM15,000 lepas efluen ke longkang

OlehSITI ZUBAIDAH ZAKARAYA
29 Januari 2024 11:48am




Syarikat pemprosesan ayam di Kulim yang didapati mengalirkan efluen ke longkang. Foto JAS




KULIM - Mahkamah Kulim menjatuhkan hukuman denda RM15,000 terhadap sebuah syarikat pemprosesan ayam selepas didapati bersalah mengakibatkan pencemaran.

Hakim Mahkamah Sesyen Kulim, Mirza Mohamad menjatuhkan hukuman tersebut selepas pengurus yang mewakili syarikat berkenaan mengaku salah atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.



Mengikut pertuduhan, kesalahan itu dilakukan di premis yang beroperasi di Kulim pada jam 9.30 hingga 11 malam 4 April tahun lalu.

Tertuduh didapati melakukan kesalahan mengikut Sesyen 25(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan boleh dihukum bawah Seksyen 25(3) akta yang sama yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.



Pengurus syarikat yang tidak diwakili peguam itu merayu agar diberikan hukuman ringan kerana dikatakan sedang mengalami masalah kewangan dan bersedia mengambil langkah untuk menangani isu terbabit dengan membina Sistem Pengolahan Perindustrian Efluen(SPEP) bagi merawat efluen yang dihasilkannya.


Pemeriksaan dilakukan penguatkuasa JAS mendapati syarikat pemprosesan ayam terbabit telah menyebabkan pencemaran. Foto JAS




Pendakwaan bagaimanapun memohon hukuman setimpal diberikan sebagai pengajaran selain memastikan efluen yang dihasilkan daripada aktiviti premis, dirawat terlebih dahulu sebelum dilepaskan bagi mengelakkan pencemaran alam sekitar khususnya di sungai.

Berdasarkan fakta kes, pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kedah telah menjalankan penguatkuasaan Akta Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-peraturan di bawahnya di syarikat berkenaan.




Semasa pemeriksaan dijalankan, premis yang sedang beroperasi itu tidak mempunyai SPEP dan telah melepaskan efluen mentah ke dalam longkang awam di hadapan premis tanpa apa-apa rawatan terlebih dahulu.

Persampelan efluen telah dijalankan oleh JAS dan keputusan sampel analisa kimia efluen tersebut mendapati kandungan parameter Pepejal Terampai, Florida, Warna dan Keperluan Oksigen Kimia(COD) melebihi standard yang ditetapkan dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 09:54 AM GMT+8 , Processed in 0.072421 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list