CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4239|Reply: 1

[Kedah] Nelayan kejar Enam PATI mendarat di Kuala Dulang Kecil

[Copy link]
Post time 28-1-2024 04:23 PM | Show all posts |Read mode

Pihak berkuasa dibantu KRT dan nelayan mengawasi enam PATI yang ditahan selepas mendarat di Kuala Dulang Kecil di Yan, Kedah awal pagi tadi.

YAN – Enam pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar tidak sempat mencari pekerjaan di negara ini selepas dicekup sekumpulan nelayan ketika mendarat di Kuala Dulang Kecil, di sini awal pagi tadi.

Mereka yang terdiri daripada dua lelaki dan empat perempuan berusia antara 15 hingga 33 tahun itu dikejar nelayan sejauh hampir 200 meter selepas dikesan mendarat di pintu kuala menggunakan sebuah bot gentian berukuran sembilan meter panjang.

Seorang nelayan, Zafri Aiman Jalmen, 23, berkata, dia menyedari sesuatu yang tidak kena apabila melihat sebuah bot menghampiri kawasan pintu kuala sewaktu hendak ke laut kira-kira pukul 4.30 pagi tadi.

“Biasanya pada waktu itu, hanya bot nelayan yang keluar ke laut akan kelihatan dan bukan bot memasuki kuala menyebabkan saya dan rakan terpanggil untuk melihatnya dari dekat.

“Saya kemudian terkejut apabila melihat sekumpulan orang menggalas beg pakaian turun dari bot fiber berkenaan dan berjalan di atas batu penghadang ombak ke kawasan lapang di sini,” katanya ketika ditemui di Kuala Dulang Kecil, di sini hari ini.

Menurut Zafri, dia kemudian menyergah kumpulan tersebut menyebabkan kesemua mereka lari ke arah taman permainan kanak-kanak yang terdapat di situ.

“Saya terus menjerit memanggil rakan lain yang sedang membuat persiapan untuk ke laut untuk membantu menahan kumpulan warga asing tersebut. Akhirnya disebabkan kawasan taman kanak-kanak itu berpagar, kumpulan PATI terbabit tidak dapat meloloskan diri sebelum ditahan oleh kami,” ujarnya..

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji yang dihubungi mengesahkan tangkapan dan berkata pihaknya kini menahan kesemua PATI dan melakukan proses dokumentasi. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... kuala-dulang-kecil/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2024 05:00 PM | Show all posts
nelayan ni pun boleh je lantik/elaun khas/ganjaran khas untuk jadi mata2 pendatang haram... tapi tu lah, fund ada tapi sakau sana sini sampai ke hujung najis aja tinggal.. tak baloi jaga laut, baik jaga orang2 bawahan untuk kekalkan dia berkuasa..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 09:46 AM GMT+8 , Processed in 0.051780 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list