CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8258|Reply: 0

[Kedah] Samun kedai serbaneka sembur jurujual guna alat pemadam api

  [Copy link]
Post time 28-1-2024 11:46 AM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar CCTV dua lelaki menyembur dua jurujual wanita menggunakan alat pemadam api dalam kejadian samun di sebuah kedai serbaneka di Guar Chempedak, Yan pada Khamis lalu.

YAN – Dua penjenayah bertindak menggunakan alat pemadam api ketika melakukan samun ke atas sebuah kedai serbaneka di Guar Chempedak, dekat sini pada Khamis lalu.

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) berhubung kejadian turut viral di media sosial.

Dalam rakaman tersebut, dua lelaki dilihat meluru masuk ke dalam premis dengan salah seorang daripada mereka terus menyembur dua jurujual wanita yang berada di dalam premis dengan alat pemadam api.

Seorang lagi penjenayah melarikan sejumlah wang tunai dari mesin wang di kaunter bayaran.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, berdasarkan laporan, kejadian berlaku pada pukul 7.25 malam ketika dua jurujual wanita berada di dalam kedai.

Katanya, akibat kejadian itu, pemilik kedai mengalami kerugian sebanyak RM2,800 selepas peti mesin wang kedai dilarikan oleh dua suspek terbabit.

“Setakat ini tiada kecederaan dilaporkan melibatkan mangsa dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... a-alat-pemadam-api/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:57 AM GMT+8 , Processed in 0.074705 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list