CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7342|Reply: 0

[Perak] 30 set bubu naga dirampas

[Copy link]
Post time 28-1-2024 11:34 AM | Show all posts |Read mode

Sebahagian daripada bubu naga yang dirampas APMM berhampiran Pulau Talang, Lumut semalam. - Foto IHSAN APMM

LUMUT – Sebanyak 30 set bubu naga dirampas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Perak di kedudukan sekitar 4 kilometer barat daya Pulau Talang di sini kira-kira pukul 2.35 petang semalam.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohd. Hambali Ya’akup berkata, bubu naga berukuran 10 meter panjang itu dikesan oleh pasukan bot ronda APMM yang sedang melaksanakan Op Sayong, Op Pintas, Op Tanjung dan Op Tiris di perairan Perak.

Katanya, ia dikesan ketika bot peronda itu menyusuri kawasan terbabit dan melihat pancang kayu yang dipasang bendera diikat bersama pelampung mencurigakan di permukaan air.

“Hasil tinjauan mendapati, pancang kayu berkenaan adalah penanda bagi lokasi bubu naga yang dipasang oleh individu atau kumpulan tidak bertanggungjawab.

“Kesemua bubu naga yang dianggarkan bernilai lebih RM2,000 itu dirampas dan diserahkan kepada pegawai penyiasat APMM untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Hambali berkata, pemilik bubu naga boleh didakwa di bawah Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan menggunakan kaedah yang tidak dibenarkan.

Jelasnya, jika seseorang individu tersebut didapati bersalah, dia boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

“Modus operandi bubu naga dipasang beroperasi pada kali ini adalah dengan diikat secara berangkai dan diletakkan pemberat pada kayu tersebut,” katanya.

Tambah beliau, penggunaan bubu naga diharamkan oleh Jabatan Perikanan mulai 1 November 2018 kerana sifatnya yang selektif dan boleh merosakkan ekosistem perairan.

“Ia juga menjejaskan sumber pendapatan nelayan pantai atau tradisional yang menggunakan cara penangkapan biasa seperti menggunakan pukat hanyut.

“Tahap kesedaran rendah dalam komuniti nelayan serta keinginan mengaut untung dengan cepat dan mudah antara punca penggunaannya masih berleluasa. Walaupun banyak rampasan bubu naga dilakukan sebelum ini namun aktiviti ini dilihat terus aktif dilakukan termasuk penangkapan ikan di luar kawasan yang dibenarkan,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/01/28/30-set-bubu-naga-dirampas/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 02:52 AM GMT+8 , Processed in 0.227093 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list