CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3656|Reply: 0

[Terengganu] 'Hanya Allah tahu perasaan saya bila dimaklum rumah dah tenggelam'

[Copy link]
Post time 27-1-2024 12:34 PM | Show all posts |Read mode

KEADAAN rumah Zulkafli yang ditenggelami banjir. FOTO ihsan pembaca

Dungun: Hanya tangisan mampu menggambarkan perasaan warga emas selepas rumahnya di Kampung Belimbing, Hulu Dungun ditenggelami banjir besar yang melanda kawasan berkenaan, kelmarin.

Malah, Zulkafli Mat Jali, 82, beberapa kali menahan sebak ketika menceritakan keadaan rumahnya yang terjejas akibat banjir turut meruntun jiwa.

Kejadian banjir itu menenggelamkan rumah yang didiaminya bersama isteri dan dua anaknya termasuk seorang kelainan upaya kategori kerdil.

Zulkafli berkata, hujan berterusan bermula kelmarin menyebabkan rumahnya dinaiki air dengan cepat.



"Memang biasa kawasan kediaman dinaiki air dengan kejadian terbaharu pada Disember tahun lalu tetapi kali ini kejadiannya memang luar biasa.

"Apabila air sudah memasuki bahagian dapur, saya bersama keluarga yang lain segera berpindah ke PPS (pusat pemindahan sementara) yang menjadi 'rumah kedua' kami setiap kali banjir.

"Namun, banjir kali ini memang teruk dan hanya Allah yang tahu perasaan saya apabila dimaklumkan rumah kami sudah tenggelam pada waktu malam (Khamis)," katanya ketika ditemui di PPS di Masjid Jamek Kampung Jongok Batu di sini.

Zulkafli yang menghidap penyakit buah pinggang dan gout berkata, kedudukan rumahnya terletak agak jauh dengan sungai dan tidak menyangka air akan naik setinggi itu.

"Banjir kali ini memang dasyat dan lebih teruk berbanding musibah sama yang berlaku pada 2014," kata bapa kepada enam orang anak.

Selain Kampung Belimbing,banjir sama turut melanda Kampung Pasir Raja, Kampung Shukor dan Kampung Jongok Batu di Hulu Dungun.

Banjir besar yang berlaku kelmarin turutmenyebabkan tiga buah rumah hanyut dan satu daripadanya hanya tinggal tangga dan tiang rumah di Kampung Shukor, Hulu Dungun selain beberapa rumah di sekitar kawasan Hulu Dungun ditenggelami air.



ZULKAFLI (tengah) ketika ditemui di pusat pemindahan sementara. FOTO Zatul Iffah Zolkiply

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rumah-dah-tenggelam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 12:42 AM GMT+8 , Processed in 0.053324 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list