CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6685|Reply: 0

[Pulau Pinang] SPRM tahan Pengerusi MPKK didakwa minta, terima rasuah

[Copy link]
Post time 27-1-2024 02:48 AM | Show all posts |Read mode
SPRM tahan Pengerusi MPKK didakwa minta, terima rasuah


Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my



GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP




Georgetown: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) kerana disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah kira-kira RM5,000.

Wang itu dipercayai daripada kontraktor pembinaan sebagai dorongan bagi tidak diganggu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Menurut sumber, suspek lelaki berusia 40-an itu ditahan kira-kira jam 1.30 petang hari ini.

Ia dipercayai bagi mengelak diganggu PBT ketika melaksanakan aktiviti pembinaan tambahan dan ubah suai kediaman walaupun sudah mendapat kelulusan pelan bangunan yang dikeluarkan pihak berkenaan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang, Mohd Fuad Bee Basrah Bee ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

"Bagaimanapun, suspek akan dilepas esok dengan jaminan SPRM selepas kenyataan direkodkan," katanya di sini.



Disiarkan pada: Januari 27, 2024 @ 12:35am








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 10:14 AM GMT+8 , Processed in 0.056885 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list