CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9362|Reply: 1

[Perlis] Tak sempat bolos negara jiran, lelaki ditahan seludup ganja bernilai RM49,600

  [Copy link]
Post time 26-1-2024 01:29 PM | Show all posts |Read mode
Tak sempat bolos negara jiran, lelaki ditahan seludup ganja bernilai RM49,600


Oleh Aizat Sharif - Januari 26, 2024 @ 12:37pm  bhnews@bh.com.my




Baderulhisham (kanan sekali) dan Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd Shokri Abdullah (dua dari kanan) menunjukkan ketulan mampat ganja yang dirampas daripada seorang lelaki yang ditahan di sekitar pagar sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar. - Foto NSTP/Aizat Sharif




PADANG BESAR: Cubaan seorang lelaki memboloskan diri ke negara jiran selepas dikesan menyeludup dadah ke negara ini gagal selepas polis memberkasnya dan merampas 16 kilogram ganja bernilai RM49,600 di sekitar laluan keselamatan sempadan Malaysia-Thailand, di sini, pada Rabu lalu.

Kejadian berlaku jam 7.20 pagi apabila sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar membuat intipan berhampiran pagar sempadan Malaysia-Thailand di belakang sebuah bangunan di Kampung Melayu Padang Besar.

Timbalan Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Baderulhisham Baharudin, berkata bertindak atas maklumat penyeludupan ganja menerusi Ops Tapis Khas, anggota polis yang bertugas ternampak seorang lelaki sedang berjalan kaki sambil membawa sebuah kotak menggunakan 'laluan tikus' di sekitar kawasan pagar keselamatan berkenaan.

"Suspek dipercayai baharu sahaja memasuki negara ini dari negara jiran menggunakan 'laluan tikus' yang sengaja dirosakkan di kawasan pagar sempadan itu.


"Menyedari kehadiran polis, suspek segera mencampakkan kotak berkenaan dan cuba melarikan diri tetapi gagal," katanya kepada pemberita di IPD Padang Besar, di sini, hari ini.

Katanya, pemeriksaan polis dalam kotak yang ditinggalkan oleh suspek itu, menjumpai 16 ketulan mampat dibaluti plastik disyaki dadah jenis ganja.

"Siasatan awal kita mendapati, suspek warga tempatan berusia 23 tahun adalah pekerja rencam dan dipercayai aktif mengambil upah membawa masuk dadah ke negara ini sekitar November tahun lalu. Untuk tugasan ini, dia dipercayai dibayar kumpulan sindiket dengan harga RM600 bagi satu ketulan mampat ganja itu.

"Bekalan ganja ini dipercayai menjadikan Perlis sebagai transit sebelum dibawa dan dipasarkan ke kawasan selatan tanah air serta boleh digunakan 32,000 penagih dadah di negara ini.

"Kita percaya nilai pasaran bagi setiap ketulan mampat ini bernilai RM3,100 dan semakan rekod jenayah lampau suspek juga mendapati dia mempunyai tiga rekod jenayah membabitkan penyalahgunaan dadah," katanya.

Beliau berkata, saringan ujian air kencing suspek turut mendapati dirinya positif dadah jenis syabu.

"Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan kira-kira RM49,600 dan suspek direman selama seminggu sehingga 30 Januari hadapan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2024 04:45 PM | Show all posts
Bagus! Moga mampus di tali gantung
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:47 PM GMT+8 , Processed in 0.051568 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list