CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6298|Reply: 0

[Pulau Pinang] 120,000 pengguna terjejas dijangka peroleh bekalan air seawal pagi esok

[Copy link]
Post time 25-1-2024 05:42 PM | Show all posts |Read mode

PENDUDUK mendapatkan bekalan air yang disediakan lori tangki Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) ketika tinjauan di Taman Sri Bayu, Bayan Lepas. FOTO Danial Saad

Butterworth: Bekalan air kepada 120,000 pengguna akaun Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) di daerah Barat Daya dan sekitarnya yang terjejas susulan kebocoran paip di dasar Sungai Perai dijangka akan pulih seawal pagi esok.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata, ketika ini pelan tindakan kecemasan, 'Pelan A' iaitu kerja-kerja mengapit semula bahagian atas paip pecah siap dilaksanakan dan usaha mengetatkan bahagian bawah dijangka siap sebentar lagi.

Menurutnya, sekiranya kerja-kerja Pelan A berjalan mengikut tempoh ditetapkan, maka pengguna yang terkesan akan memperoleh bekalan air seawal pagi esok dan paling lewat pada Ahad ini.

"We are working against time (kita bersaing dengan masa) bagi memastikan Pelan A berjaya dan lima pasukan yang dibentuk berada di empat lokasi yang ditetapkan untuk membolehkan usaha ini berhasil.



"Untuk makluman, Pulau Pinang kini menghadapi fenomena 'full moon' (air pasang dan surut) yang menjadi cabaran kepada pasukan untuk memasang pengapit.

"Namun, kita berjaya memasang pengapit di bahagian atas paip dan kerja-kerja memasang pengapit di bahagian bawah sedang dilaksanakan dengan dijangka akan siap pada 4 petang ini," katanya.

Menurutnya, Pelan A adalah penyelesaian sementara bagi membolehkan pengguna yang terjejas menerima semula bekalan air untuk memberi peluang kepada mereka untuk menyimpan bekalan air secukupnya.

Ini kerana katanya, PBAPP akan meneruskan Pelan B iaitu kerja-kerja pemasangan dua paip lencongan 600 milimeter merentasi Sungai Perai sekali gus menamatkan masalah bekalan yang berlaku.

"Kerja-kerja itu sudah siap 70 peratus dan berjalan serentak dengan Pelan A. Kita jangka kerja-kerja pemasangan kedua-dua paip lencongan akan siap pada Sabtu ini berbanding jangkaan awal iaitu Isnin depan.

"Dalam hal ini, kerja-kerja penyambungan paip baharu memerlukan masa 16 jam dan bekalan air akan dipulihkan pada Selasa mengikut jadual kepada pengguna," katanya.

Kelmarin, saluran paip di dasar Sungai Perai mengalami kebocoran sekali lagi menjadikan ia insiden ketiga selepas dua kejadian paip bocor dilaporkan pada Disember tahun lalu dan 12 Januari lalu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ir-seawal-pagi-esok

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 06:11 AM GMT+8 , Processed in 0.071451 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list