CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6046|Reply: 0

[Pulau Pinang] APM Pulau Pinang tumpu latihan menyelamat di kawasan pantai

[Copy link]
Post time 24-1-2024 04:49 PM | Show all posts |Read mode
APM Pulau Pinang tumpu latihan menyelamat di kawasan pantai


Oleh Zuhainy Zulkiffli - Januari 24, 2024 @ 4:06pm  bhnews@bh.com.my




Sebahagian anggota APMPulau Pinang yang menyertai Majlis Pembukaan Latihan APM Pulau Pinang 2024, di Jalan Batu Feringghi. NSTP/FOTO ZUHAINY ZULKIFFLI




GEORGETOWN: Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pulau Pinang mahu memberi penekanan terhadap latihan menyelamat akuatik terutama di kawasan pantai susulan peningkatan operasi menyelamat mangsa di negeri ini sepanjang 2023.

Pengarah APM negeri, Left Kol (PA) Ishak Mohd Radzi, berkata daripada 194 kes membabitkan kejadian menyelamat di pantai pada tahun lalu, 56 daripadanya membabitkan tugasan menyelamatkan mangsa lemas.

"Kebanyakan kes lemas membabitkan kejadian berlaku di sepanjang pantai popular dan paling ramai pengunjung iaitu di sepanjang Batu Feringghi.

"Jika hendak dibandingkan negeri lain, Pulau Pinang adalah paling tinggi sepanjang tahun lalu dan pada 2022, sebanyak 95 daripada 100 kes di pantai membabitkan mangsa lemas.

"Jadi, bukan saja kalangan warganya, tetapi ilmu latihan akuatik itu akan kita terapkan kepada golongan bukan APM seperti komuniti, penuntut institusi pengajian tinggi, badan kerajaan atau swasta dan lain-lain," katanya selepas Majlis Pembukaan Latihan APM Pulau Pinang 2024 di Jalan Batu Feringghi di sini, yang hadiri kira-kira 100 anggota.

Turut diadakan demonstrasi menyelamat di air yang dijalankan pasukan APM Unit Tanjung Bungah.

Ishak berkata, bagi tugasan menyelamat di pantai, APM Pulau Pinang mempunyai unit khas yang sepanjang masa berada di lokasi.

Katanya, mereka ditempatkan di empat menara penyelamat pantai atau 'baywatch' di daerah Timur Laut, selain satu lagi di daerah Barat Daya.

"Difahamkan kerajaan negeri bakal membina semula menara penyelamat yang tumbang akibat hakisan pantai dua tahun lalu dan dijangka siap tahun ini.

"Sepanjang 'ketiadaan' menara itu, anggota pasukan kita tetap berada di lokasi dan bertugas seperti biasa," katanya.

Ishak berkata, selain berfungsi sebagai menara peninjau sekitar kawasan pantai dan memantau keselamatan awam, ia turut menempatkan dua siren amaran yang bunyinya boleh didengari pada jarak hampir dua kilometer.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 08:11 AM GMT+8 , Processed in 0.051145 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list