CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3258|Reply: 0

[Kedah] Peniaga dakwa sewa bulan tapak gerai baharu terlalu tinggi

[Copy link]
Post time 23-1-2024 05:33 PM | Show all posts |Read mode

Sebahagian peniaga Medan Selera Pasar Besar Alor Setar tidak berpuas hati dengan sewa bulanan. FOTO ZULIATY ZULKIFFLI

Alor Setar: Kira-kira 30 peniaga Medan Selera Pasar Besar Alor Setar, di sini, mendakwa kecewa apabila bakal dikenakan bayaran sewa bulanan antara RM550 hingga RM700 berbanding RM90 sebulan sebelum ini.

Berikutan itu, mereka memohon pihak berkaitan dapat mengkaji semula kadar sewa baharu berkenaan bagi mengelakkan peniaga terbeban.

Wakil peniaga, Mohd Firdaus Shahi Zabiat, 35, berkata mereka dimaklumkan setiap peniaga perlu membayar sewa antara RM550 hingga RM700 sebulan berbanding hanya RM90 sebulan sebelum ini untuk satu tapak gerai.

Menurutnya, kenaikan kadar sewa itu didakwa akibat medan selera terbabit dinaik taraf selain diuruskan oleh syarikat swasta.



"Kami dijangka masuk berniaga semula di medan baharu ini pada 1 Februari, namun kami dapat maklumat mengatakan deposit untuk satu tapak akan dikenakan sehingga RM2,000 dan sewaan pula sebanyak RM550 hingga RM700.

"Jumlah itu sangat membebankan kami dan dalam semua 30 peniaga, ada yang susah serta ada hidup sederhana.

"Kami berharap pihak berkenaan dapat memberi penjelasan kerana hanya tinggal enam hari lagi untuk kami berniaga semula di situ," katanya ketika ditemui di hadapan medan selera terbabit, hari ini.

Katanya, waktu perniagaan mereka hanya lima jam bermula 7 pagi setiap hari dan kadang kala hasil jualan tidak pulang modal disebabkan kurang pelanggan.

Peniaga minuman, Zahira Shokut Ali, 45, berkata kadar sewa baharu amat membebankan mereka sedangkan hasil jualan diperolehi sekadar cukup makan.

"Kami bukan hanya terkesan dengan kenaikan kadar sewa bulan, malah perlu membayar kos tambahan seperti bil air dan elektrik.

"Kami bergantung sepenuhnya kepada pendapatan tidak menentu melalui jualan di medan selera ini sekali gus tidak mampu membayar kadar sewa baharu," katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Melayu Malaysia (Gapema) Kedah, Baharudin Mohamed Ali berkata, pihaknya sudah menghantar surat berhubung perkara itu kepada Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), hari ini.

Menurutnya, kebanyakan peniaga terkejut dengan kadar sewa bulan baharu tapak medan selera yang naik berlipat ganda sehingga membebankan mereka.

"Saya berharap isu berkenaan mendapat perhatian pihak terbabit dan diselesaikan dengan segera," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... haru-terlalu-tinggi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 09:22 AM GMT+8 , Processed in 0.479500 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list