CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3692|Reply: 0

[Terengganu] Banjir: 7 sekolah ditutup di Terengganu

[Copy link]
Post time 23-1-2024 03:36 PM | Show all posts |Read mode

MURID SK Seri Budiman meredah banjir selepas sekolah itu ditenggelami air berikutan hujan lebat sejak malam tadi. FOTO Bernama

Kuala Terengganu: Tujuh sekolah di daerah ini dan Hulu Terengganu ditutup selepas sekolah terbabit dinaiki air antara 0.3 meter dan 0.5 meter pagi ini, akibat hujan lebat berterusan sejak petang semalam.

Pengarah Jabatan Pendidikan Terengganu (JPNT) Jelani Sulong mengesahkan penutupan tujuh sekolah terbabit selepas kawasan sekolah dinaiki air dan laluan ditutup pagi ini.

Katanya, tujuh sekolah di daerah ini yang ditutup ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikh Abdul Malek, Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Budiman, SK Gelugor, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Besar, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hwa Wei Sin dan SK Kedai Buloh.

"Hanya SK Lubuk Periuk di daerah Hulu Terengganu ditutup selepas dinaiki air berikutan hujan lebat sejak petang semalam. Sekolah yang ditutup diberi cuti bencana," katanya ketika dihubungi, hari ini.



Mengulas persiapan pelajar menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, Jelani berkata, JPNT bersiap siaga menggerakkan Ops Payung jika keadaan semakin buruk.



PELAJAR SMKA Sheikh Abdul Malek meredah banjir selepas sekolah itu ditenggelami air berikutan hujan lebat sejak malam tadi. FOTO Bernama

Sementara itu, beberapa pelajar SMKA Sheikh Abdul Malek mengakui hujan masih lebat ketika mereka ke sekolah sebelum pengurusan sekolah mengarahkan semua pelajar pulang kira-kira 7.15 pagi tadi.

"Kami tidak tahu berapa hari sekolah akan ditutup, pengurusan sekolah akan memaklumkan kepada kami," kata salah seorang pelajar ketika ditemui.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... tutup-di-terengganu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 02:04 AM GMT+8 , Processed in 0.050512 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list