CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4125|Reply: 0

[Pulau Pinang] 'Tak salah mufti minta maaf kepada artis' - Wan Salim

  [Copy link]
Post time 23-1-2024 02:30 PM | Show all posts |Read mode
'Tak salah mufti minta maaf kepada artis' - Wan Salim

OlehSYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
23 Januari 2024 02:02pm




Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor




GEORGE TOWN - "Tak salah pun mufti minta maaf kepada artis atau sesiapa sahaja."

Demikian ulasan Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berhubung tegurannya terhadap penganjuran 'Konsert Epitome Saya Siti Nurhaliza' yang dirancang akan diadakan di Axiata Arena Bukit Jalil pada Mac depan.



Wan Salim berkata, banyak pihak yang memberi pandangan bahawa beliau tidak perlu memohon maaf kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza selepas membuat teguran secara terbuka sebelum ini.

"Ramai komen menyatakan saya tak perlu mohon maaf kepada Siti Nurhaliza kerana menegur beliau secara terbuka berhubung konsert beliau yang akan berlangsung pada tarikh yang amat hampir dengan bulan Ramadan.



"Bagi mereka, apa yang saya tegur itu betul maka tidak perlu meminta maaf. Bagi saya, tidak salah pun mufti minta maaf kepada artis atau sesiapa saja kerana kita manusia biasa tidak maksum.

"Kita tak boleh yakin bahawa apa yang kita kata itu betul di sisi ALLAH SWT. Hanya kita fikir betul, tetapi hanya berdasarkan pertimbangan ijtihad kita saja yang boleh betul dan boleh salah," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Tambah beliau, walaupun teguran dibuat oleh seorang mufti, ia tidak semestinya menunjukkan bahawa seseorang mufti itu lebih baik daripada artis.






Wan Salim sebelum ini memberitahu beliau menegur secara ikhlas demi kebaikan umat Islam, bukan untuk mencari populariti atau apa-apa kepentingan diri.




"Pada pandangan manusia, mufti lebih baik daripada artis. Tapi manalah kita tahu, entah-entah di sisi ALLAH jadi sebaliknya. Jadi tak salah minta maaf.

"Saya harap warganet tak payah panjang-panjangkan isu ni. Hentikan polemik. Berbaik sangka sesama hamba ALLAH SWT. Tak ada manusia yang sempurna selain rasul," katanya.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Siti Nurhaliza dinasihatkan agar menunda ‘Konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza’ yang dijadualkan berlangsung pada Mac ini kepada satu tarikh lain.



Dalam satu saranan, Wan Salim berkata, mengadakan aktiviti hiburan menjelang bulan Ramadan seolah-olah melalaikan umat Islam daripada mengingati ALLAH.

Bagaimanapun, Wan Salim akui bahawa beliau tidak mendapat informasi penuh berkenaan konsert penyanyi nombor satu negara itu.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 05:57 AM GMT+8 , Processed in 0.046318 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list