CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7589|Reply: 0

[Kedah] Warga emas maut dirempuh treler

[Copy link]
Post time 23-1-2024 09:26 AM | Show all posts |Read mode
Warga emas maut dirempuh treler

OlehSITI ZUBAIDAH ZAKARAYA
23 Januari 2024 08:54am




Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal yang dinaiki dirempuh sebuah lori treler dalam kemalangan di Jalan Baru Kulim-Baling di sini pada Selasa.




BALING - Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal yang dinaiki dirempuh sebuah lori treler dalam kemalangan di Jalan Baru Kulim-Baling di sini pada Selasa.

Mangsa Hassim Ahmad, 68, meninggal dunia di tempat kejadian selepas cedera parah di kepala.



Ketua Polis Daerah, Superintenden Shamsudin Mamat berkata, dalam kejadian jam 12.10 tengah malam itu mangsa yang menunggang motosikal bersendirian dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kuala Kuang, Baling.

Menurutnya, sebaik tiba di hadapan Simpang Tiga Jerai, di sini mangsa telah keluar dari simpang dari sebelah kiri untuk ke kanan jalan secara mengejut.


“Sebuah lori treler sedang bergerak dari Kota Bharu, Kelantan untuk menghantar barang ke Pulau Pinang tidak sempat brek lalu melanggar motosikal mangsa.
“Akibat pelanggaran itu motosikal mangsa diseret sejauh kira-kira 10 meter dan tercampak ke kiri jalan menyebabkan maut di tempat kejadian,” katanya.


Mangsa diseret sejauh kira-kira 10 meter dan tercampak ke kiri jalan.




Shamsudin berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kulim untuk bedah siasat.


Sementara itu, pemandu dan kelindan lori tidak mengalami kecederaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:10 AM GMT+8 , Processed in 0.048522 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list