CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7884|Reply: 0

[Terengganu] Mangsa langgar lari terlantar di rumah, keluarga hilang punca pendapatan

[Copy link]
Post time 22-1-2024 01:12 PM | Show all posts |Read mode

Wan Mohd Fairuz koma selepas mengalami kecederaan pada bahagian kepala Gong Manok, Kampung Baharu, Kuala Besut. FOTO Nurul Fatihah Sulaini

Besut: "Semoga pelaku dihadapkan ke muka pengadilan dan mendapat hukuman setimpal," kata Wan Nur Farhana Nabilah Wan Abdul Razak, 25, adik kepada mangsa langgar lari, Wan Mohd Fairuz , 39, yang kini koma akibat kecederaan di kepala.

Wan Mohd Fairuz Wan Abdul Razak, 39, dari Gong Manok, Kampung Baharu, Kuala Besut dilanggar ketika pulang dari tempat kerja pada 8 Januari lalu.

Menurut Wan Nur Farhana, berdasarkan maklumat orang awam abangnya yang menunggang motosikal dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta ketika melalui Jalan Tok Saboh, Kuala Besut.

"Abang keluar bekerja sebagai pembantu di tempat pengumpulan ikan di Tok Saboh setiap hari selepas Asar dan balik ke rumah kira-kira jam 3 pagi.



"Pada hari kejadian abang keluar dari tempat kerjanya kira-kira jam 2.45 pagi sebelum dirempuh sebuah kereta, abang jatuh tertiarap di atas jalan," katanya.

Katanya, kesan kemalangan itu abangnya yang masih bujang itu mengalami kecederaan serius di kepala dan koma serta hanya bergantung kepada susu khas.

"Kami berharap pelaku yang melanggar abang dapat dihadapkan ke muka pengadilan serta mendapat hukuman setimpal atas perbuatannya.

"Sebelum ini abang menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu hampir dua minggu sebelum dibenarkan pulang ke rumah," katanya.

Katanya, abangnya yang juga anak keenam dari sembilan beradik menjadi tulang belakang keluarga selepas ayah mereka diserang angin ahmar, manakala ibu sudah meninggal dunia.

"Disebabkan kemalangan ini abang tidak dapat bekerja dan saya pula kebetulan sedang mencari kerja terpaksa melupakan sementara hasrat itu kerana perlu menjaga abang sepenuh masa.

"Buat masa ini abang tidak mendapat bantuan daripada mana-mana pihak kerana baru dibenarkan keluar dari wad," katanya.

Nabilah berkata, kos perbelanjaan membeli susu serta lampin pakai buang untuk abangnya dianggarkan RM500 sebulan.

"Doktor maklumkan abang boleh pulih namun mengambil masa lama kerana hentakan kuat pada kepala menyebabkan otak terjejas," katanya.

Orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan boleh berbuat demikian ke akaun Bank Islam 13035020738520 milik Wan Nur Farhana.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ng-punca-pendapatan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 03:40 AM GMT+8 , Processed in 0.056127 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list