View: 13422|Reply: 0
|
Tunisia hidupkan peluang pada Piala Negara-Negara Afrika
[Copy link]
|
|
Penyerang Mali, Lassine Sinayoko (kanan) merembat masuk gol pertama ketika menentang Tunisia pada aksi Piala Negara-Negara Afrika di Stadium Amadou Gon Coulibaly, Korhogo awal pagi tadi. – Foto AFP
KORHOGO, Ivory Coast: Tunisia meraih mata pertama mereka pada Piala Negara-Negara Afrika, bangkit daripada ketinggalan sebelum seri 1-1 dengan Mali awal pagi tadi pada aksi kedua mereka dalam Kumpulan E.
Mali mendahului awal menerusi Lassine Sinayoko tetapi Hamza Rafia menyamakan kedudukan buat Tunisia dalam tempoh 10 minit di Stadium Amadou Gon Coulibaly.
Tunisia mengalami kekalahan mengejut pada aksi pertama menentang Namibia manakala Mali menundukkan Afrika Selatan pada hari sama dan kini mendahului kumpulan dengan empat mata.
Namibia dan Afrika Selatan akan beraksi perlawanan kedua mereka di peringkat kumpulan di Korhogo awal pagi esok.
Mali mendahului pada minit ke-10 apabila Sinayoko menyumbat gol keduanya pada kejohanan itu, merembat masuk dari sebelah kiri dengan percubaannya terkena tiang sebelum menerjah jaring.
Pemain Tunisia, Hamza Rafia meraikan golnya ketika menentang Mali pada aksi Piala Negara-Negara Afrika di Stadium Amadou Gon Coulibaly, Korhogo awal pagi tadi. – Foto REUTERS
Namun pada minit ke-20, Tunisia menyamakan kedudukan ketika satu gerakan menarik dan lancar disudahkan apabila pemain pertahanan Ali Abdi mengumpan kepada Rafia, yang tidak berdepan masalah untuk menyepak masuk.
Perlawanan itu gagal mencetus tarikan berbanding perlawanan awal di Bouake yang mana dua perlawanan Kumpulan D menghasilkan sembilan gol yang menggembirakan penonton.
Korhogo yang berdekatan dengan sempadan Mali bermakna banyak sokongan tetapi penyokong tidak begitu terhibur.
Dengan dua pasukan teratas setiap kumpulan, serta empat pasukan tempat ketiga terbaik layak ke pusingan 16 terakhir, empat mata dimiliki Mali hampir memastikan mereka tempat ke pusingan kalah mati.
Namun Tunisia, yang menundukkan Perancis pada Piala Dunia 2022 di Qatar, perlu menang perlawanan terakhir mereka Rabu ini menentang Afrika Selatan di Korhogo jika mahu layak. – REUTERS
https://www.bharian.com.my/sukan ... egara-negara-afrika |
|
|
|
|
|
|
| |
|