CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36867|Reply: 0

[Terengganu] Cubaan sindiket pelacuran bertapak di Terengganu dilumpuhkan

[Copy link]
Post time 20-1-2024 03:08 PM | Show all posts |Read mode

KETUA Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan. FOTO arkib NSTP

Kuala Berang: Polis menubuhkan pasukan khas untuk memantau dan melumpuhkan kegiatan pelacuran daripada bertapak di negeri ini.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, selain pemantauan secara penugasan fizikal, polis turut melakukan pemantauan di media sosial yang membabitkan elemen penawaran atau mempromosi aktiviti pelacuran di Terengganu.

Katanya, selain menjadikan pulau peranginan sebagai sasaran, sindiket juga menyasarkan daerah tertentu untuk menawarkan perkhidmatan pelacuran.

"Sasaran sindiket ini adalah masyarakat setempat selain pelancong luar namun kegiatan ini berjaya kita hidu dan lumpuhkan.



"Kita melihat sindiket terbabit sudah menutup saluran media sosial yang digunakan mereka selepas aktiviti tidak bermoral itu dikesan polis.

"Kita akan memantau semua pergerakan mereka, kita tubuh satu pasukan khas berkaitan aktiviti persundalan," katanya.

Menurutnya, pihaknya akan meletakkan anggota untuk memantau kawasan tertentu dan elemen berkaitan pelacuran di media sosial bagi mengekang kegiatan itu untuk bertapak di negeri ini.

Terdahulu, polis berjaya menumpaskan dua kes masing-masing membabitkan wanita tempatan yang menjalankan aktiviti tidak bermoral secara sambilan manakala satu kes didalangi sindiket.

Menerusi kes didalangi sindiket, seramai tujuh wanita warga asing ditahan di beberapa hotel di Kuala Terengganu, Dungun dan Kemaman.

Tangkapan terbaru dilakukan pada 28 Disember lalu membabitkan seorang wanita Laos, dua warga Indonesia dan empat wanita Thailand manakala empat daripada mereka mempunyai pasport.

Kesemua yang ditahan berusia 23 hingga 45 tahun dan kes disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan kerana menawarkan perkhidmatan seks.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... engganu-dilumpuhkan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 05:17 AM GMT+8 , Processed in 0.050035 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list