CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16045|Reply: 0

[Pulau Pinang] 120,000 penduduk Pulau Pinang akan berdepan lagi gangguan bekalan air

[Copy link]
Post time 20-1-2024 01:21 PM | Show all posts |Read mode
120,000 penduduk Pulau Pinang akan berdepan lagi gangguan bekalan air


Nur Izzati Mohamad
am@hmetro.com.my



CHOW meninjau kerja pembaikan paip di Sungai Perai, bersebelahan Jambatan Ampang Jajar. FOTO Nur Izzati Mohamad




Butterworth: Kira-kira 120,000 akaun pengguna Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) di daerah Barat Daya akan mengalami gangguan bekalan air berjadual (SWSI) selama 16 jam, susulan kerja-kerja lencongan selepas pemasangan dua saluran paip 600 milimeter (mm) di Sungai Perai.

Notis berhubung perkara itu akan dimaklumkan segera kepada pengguna terjejas apabila syor SWSI dibentangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) pada Rabu depan.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata, kerja-kerja pemasangan dua saluran paip itu dijadualkan siap pada 2 Februari depan dengan kemajuan yang ditunjukkan setakat ini mencapai 50 peratus.

"Namun, sehingga semua kerja itu siap nanti, dua saluran paip 600mm berkaitan akan menggantikan saluran paip bawah permukaan air bocor yang terletak di dasar Sungai Perai.

"Walau bagaimanapun, kerja-kerja pelencongan masih diperlukan untuk menyambungkan dua saluran paip 600mm baharu dan menamatkan sambungan saluran paip 1,350mm yang bocor.

"Pelencongan saluran paip berkaitan memerlukan pihak PBAPP menutup sementara keseluruhan saluran paip 1,350mm dari Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua yang ia secara tidak langsung akan menyebabkan berlakunya gangguan bekalan terhadap 120,000 pengguna akaun, terutamanya di daerah Barat Daya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau kerja pembaikan paip di Sungai Perai yang terletak bersebelahan Jambatan Ampang Jajar, di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP, Ir K Pathmanathan berkata, pengoperasian saluran paip berkembar itu adalah 'penyelesaian sementara' yang akan menangani risiko kebocoran lebih besar daripada saluran paip bawah permukaan air Sungai Perai yang bocor.

"Sehingga hari ini, PBAPP menanggung sebanyak 154 juta liter sehari (JLH) daripada kebocoran saluran paip bawah air.

"Dengan pengoperasian saluran paip berkembar yang berada di atas permukaan air, saluran paip bawah permukaan air ini akan ditamatkan operasinya.

"Seterusnya, PBAPP akan memulakan kerja untuk saluran paip menyeberangi sungai 1,350mm baharu sebagai penyelesaian kekal," katanya.

Beliau berkata, penyelesaian kekal itu perlu memandangkan PBAPP memerlukan bahagian saluran paip baharu yang boleh mengendalikan lebih banyak aliran air tekanan tinggi.

"PBAPP akan merancang gangguan bekalan air berjadual paling singkat dan paling tidak menyusahkan bagi setiap kerja-kerja yang dilaksanakan," katanya.



Disiarkan pada: Januari 20, 2024 @ 1:08pm








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 5066 Replies : 18
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 174863 Replies : 4055
Datuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan ditahan polis
YgBenarDatuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan di
Views : 3299 Replies : 14
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 72831 Replies : 2947
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 21391 Replies : 116
Betul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada Salahlaku Seksual?
awex^returnsBetul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada S
Views : 45035 Replies : 309
TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN METHOD?
adila39TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN ME
Views : 2467 Replies : 14
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 6563 Replies : 78
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 28129 Replies : 202
Suri rumah tanam padi dalam pasu tarik perhatian Tengku Ampuan Pahang
ultra78Suri rumah tanam padi dalam pasu tarik p
Views : 1616 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 07:17 AM GMT+8 , Processed in 0.347064 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list