CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7796|Reply: 0

[Perlis] 'Belum sempat tutup pintu, ketukan itu berulang' - Peniaga

[Copy link]
Post time 20-1-2024 11:52 AM | Show all posts |Read mode
'Belum sempat tutup pintu, ketukan itu berulang' - Peniaga


Aizat Sharif
am@hmetro.com.my



MUSABBIR menceritakan pengalaman pintu rumahnya diketuk pada dinihari Selasa lalu. FOTO Aizat Sharif




Kangar: "Belum sempat tutup rapat pintu rumah, ketukan itu berbunyi kembali dengan sungguh kuat," dakwa seorang peniaga makanan, Musabbir Mat Rashid, yang mengalami gangguan ketukan misteri di kediamannya di Kampung Santan di sini, pada Selasa lalu.

Gangguan ketukan misteri itu turut tular selepas dua video berdurasi 56 saat dan satu minit 30 saat berjaya dirakam olehnya menggunakan telefon bimbit.

Menurutnya, kejadian berlaku pada 4.27 pagi Selasa lalu ketika dia sedang menyiapkan barang keperluannya untuk menjalankan perniagaan.

"Kebiasaannya saya akan bangun pada 3 pagi dan selepas itu saya akan menyiapkan barang makanan untuk jualan pada tengah harinya.

"Isteri dan anak saya sedang tidur pada waktu itu dan pada 4.27 pagi, pintu rumah saya digegarkan dengan ketukan sebanyak tiga kali," katanya ketika ditemui di gerainya jualannya di Batu 2 Jalan Kangar-Padang Besar di sini, semalam.

Menurutnya, apabila ketukan kali pertama itu berlaku, dia kemudian membuka selak pintu namun teringat untuk mengambil telefon bimbitnya bagi merakam situasi yang berlaku.

"Ketukan itu berhenti sebentar sebelum bersambung semula sekitar satu hingga dua minit kemudian dan apabila ketukan itu berhenti seali lagi, saya segera membuka pintu dan keluar untuk memeriksa sekeliling rumah dan keluarga yang berada di belakang rumah saya.

"Namun, tiada sebarang kelibat dapat dilihat dan tiada sebarang kesan tapak kaki orang melarikan diri dan saya kembali semula ke rumah untuk menutup pintu.

"Belum sempat pintu itu rapat ditutup, gangguan ketukan misteri itu kembali menggegar dan apabila saya lihat tiada lagi kelibat di hadapan pintu itu, saya jadi takut dan segera menutup pintu itu sebelum masuk ke bilik tidur," katanya.

Musabbir tidak dapat melelapkan mata sehinggalah Subuh kerana memikirkan perkara yang berlaku dan dia menceritakan perkara berkenaan kepada isterinya.

"Saya memang ada terbaca mengenai gangguan ketukan misteri ini yang berlaku di negeri lain tetapi saya tidaklah mengambil serius untuk ia berlaku di Perlis tetapi apabila ia berlaku kepada saya, jelaslah ini adalah satu perkara yang tidak boleh dipandang ringan.

"Saya sudah tinggal di sini selama dua tahun tetapi ini adalah pertama kali perkara seumpama ini berlaku kepada saya dan isteri saya menasihatkan saya agar tidak sewenang-wenangnya membuka pintu terutamanya di waktu awal pagi kerana ia dikhuatiri boleh membahayakan keselamatan mereka sekeluarga," katanya.

Dia berkata, apabila hari sudah siang, dia bertanya kepada jiran di sekitar rumahnya mengenai gangguan berkenaan dan masing-masing menyatakan bahawa rumah mereka tidak mengalami sebarang gangguan ketukan.

Selepas kejadian tiada sebarang ketukan lagi berlaku di rumah Musabbir, namun menurutnya, gangguan ketukan misteri itu berlaku pula di rumah kakaknya dua hari kemudian.

Sejak minggu lalu, Perlis 'gempar' apabila siri gangguan ketukan misteri didakwa berlaku di beberapa tempat di kawasan Padang Besar seperti di Batu Bertangkup, Chuping dan Panggas sebelum 'merebak' ke kawasan Pauh di Arau dan Santan di Kangar.



Disiarkan pada: Januari 20, 2024 @ 11:12am








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:50 PM GMT+8 , Processed in 0.059255 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list