SEMENYIH – Kebanjiran warga asing di kawasan sekitar Pangsapuri Baiduri, Bandar Tasik Kesuma dekat Beranang di sini didakwa sering membuat kekacauan sehingga menimbulkan ketakutan dalam kalangan penduduk tempatan.
Seorang penduduk yang menetap lebih 15 tahun di sini, Syed Kadir Syed Abdullah, 33, berkata, keadaan di kawasan terbabit menjadi semakin parah apabila bilangan warga asing melebihi penduduk tempatan.
Selain itu, Syed Kadir mendakwa dia turut melihat sebuah bas yang dipenuhi warga asing menghantar mereka ke salah sebuah blok di sini, minggu lalu.
“Mereka ini selalu bergaduh dan mabuk di kawasan pangsapuri. Kami nak tegur pun takut sebab mereka semakin ramai. Baru-baru ini, sebuah bas lagi sampai hantar warga asing di sini.
“Lebih membimbangkan, ada yang berani kacau ‘anak dara’ dan penduduk tempatan. Banyak aduan kami terima menerusi jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT),” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam operasi penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Pangsapuri Baiduri, Bandar Tasik Kesuma dekat Beranang di sini, malam semalam.
Operasi tersebut yang bermula pada pukul 12 tengah malam menahan sebanyak 561 orang yang mana majoritinya merupakan warga Bangladesh dan Myanmar di lokasi berkenaan yang digelar sebagai ‘Mini Dhaka’.
Kata pekerja swasta itu, kemunculan warga asing seperti ‘cendawan tumbuh selepas hujan’ turut memonopoli perniagaan di kawasan tersebut.
“Sebenarnya semua premis perniagaan di sini memang dikawal oleh mereka. Ada tiga sahaja perniagaan tempatan. Segelintir daripada mereka juga lebih ‘berduit’ daripada kami sehingga ada yang keluar kereta Toyota Vellfire dan Hilux.
“Saya harap selepas ini, lebih banyak operasi dibuat pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) kerana pangsapuri ini ada 26 blok. Jadi, ramai lagi warga asing yang perlu diperiksa,” jelasnya.
Selain itu, seorang penduduk di blok F di sini, Abdul Halim Ariffin, 36, berkata, lambakan warga asing di pangsapuri terbabit mencetuskan kebimbangan terhadap keselamatan keluarganya.
“Saya berasal dari Kelantan dan sudah menetap di sini selama lima tahun kerana dapat tawaran kerja di Kajang. Antara perkara saya paling risau adalah keselamatan isteri dan anak-anak.
“Mereka pun nak buat aktiviti seperti bermain dengan kawan-kawan atau jiran tetapi saya sering ingatkan mereka untuk tidak pergi ke blok yang dipenuhi warga asing,” ujarnya.
Post time 20-1-2024 01:37 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Aku asal gi klia je, mesti berbondong2 bangla baru sampai usung beg sambil diiringi ejen tukang bawak masuk diorg. Semak ahhh. Aku harap anak bini penguatkuasa kena kacau dek bangla myanmar indon vietnam nepal ni semua baru tau rasa stress dgn pendtg2 ni. Sampah! Kalu expat, aku x kisah sbb tak semak.
Post time 20-1-2024 07:36 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Masa ak dduk apartment kota damansara pun sepah2.. Pagi2 nampak la pimpin anak, yg duduk lg. Hantar pergi sekolah. Lepas tu yg jenis duduk2 atas tu, suka makan sirih then ludah ke bawah. Habis kereta2 bawah tu. Xtau la dari mana dari mana. Nepal kot. Petang2 nampak geng2 dia pikul bawang holand berguni2.. Hahaha.. Bapak ah.. Flat depan apartmen ak dduk tu, selalu jugak kena ambush. Klu pergi kerja, dgr la dorg kecoh2 cakap kena ambush, kena tahan..
Post time 21-1-2024 01:43 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Semenyih ni memang melambak pati. Salah 1 company yang hire dorang ni CLC hypermarket, mydin, econsave, TMG mart. Memang pendatang jela. Kurang ajar dorang ni jangan cakap lah. Dengan pengotor lagi.
Sekarang kau kutuk kereka ... tetapi jangan hairan jika dari keturunan mereka nanti akan lahir generasi anak bangsa melayu mahawangsa baru yang lebih kuat dan genius dari generasi bangsa melayu asli yang ada sekarang ini ...Hehehehe