CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8106|Reply: 0

[Perlis] Kastam Perlis rampas ubat batuk diproses sendiri bernilai lebih RM271,000

[Copy link]
Post time 19-1-2024 06:31 PM | Show all posts |Read mode
Kastam Perlis rampas ubat batuk diproses sendiri bernilai lebih RM271,000


BERNAMA





Kuala Perlis: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis merampas 8,100 botol ubat batuk berserta 1,000 liter cecair disyaki ubat batuk diproses sendiri tanpa kelulusan yang dianggarkan bernilai RM271,500 di sebuah premis di kawasan Sungai Padang dekat Arau pada Isnin lalu.

Pengarah Kastam Perlis Ismail Hashim berkata serbuan di premis tidak bernombor pada 2.30 petang itu yang dilakukan hasil maklumat sumber, turut menahan seorang lelaki warganegara berumur 28 tahun dan seorang lelaki warga Thailand berusia 54 tahun.

"Hasil pemeriksaan di dalam premis mendapati terdapat beberapa kotak yang mengandungi botol disyaki ubat batuk dengan kuantiti 100 mililiter (ml) setiap botol. Jumlah keseluruhan cecair ubat batuk yang dirampas adalah sebanyak 8,100 botol ubat batuk yang telah siap dibotolkan.

"Sejumlah 1,000 liter cecair disyaki ubat batuk pula di dalam tong yang belum dibotolkan. Turut ditemukan ialah mesin pemprosesan, bahan pembungkusan serta bahan-bahan yang dipercayai digunakan untuk menghasilkan ubat batuk," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Ismail berkata campuran kimia yang tertera pada label botol ubat batuk itu dipercayai menghasilkan Diphenhydramine iaitu sejenis racun berjadual yang memberikan kesan tidak baik kepada otak, saraf dan buah pinggang serta boleh menyebabkan kematian sekiranya digunakan berlebihan tanpa pantauan doktor.

"Berdasarkan siasatan awal, pihak kita mendapati kedua-dua lelaki ini dipercayai terlibat dalam aktiviti pemprosesan ubat batuk itu dalam tempoh tiga, empat bulan ini, dan ubat batuk terbabit dibuat untuk pasaran tempatan dan disyaki diseludup keluar ke Thailand," katanya.

Beliau berkata modus operandi digunakan mereka dipercayai menjalankan pemprosesan ubat batuk di dalam premis kediaman untuk mengaburi pihak agensi penguatkuasaan dan botol ubat batuk itu tertera jenama sedia ada di pasaran yang ditiru.

"Kita masih meneruskan siasatan lanjut untuk kes ini dan lelaki warga Thailand ini dilepaskan dengan jaminan Kastam sebanyak RM30,000, manakala lelaki warga Malaysia itu pula dilepaskan dengan jaminan sejumlah RM20,000," katanya.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 9(2) Akta Racun 1952 yang jika disabitkan kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 32(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.



Disiarkan pada: Januari 19, 2024 @ 4:55pm








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:27 AM GMT+8 , Processed in 0.081180 second(s), 24 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list