CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9993|Reply: 0

[Kedah] Mendapan selut Empangan Muda jejaskan sumber air Pulau Pinang, Kedah

[Copy link]
Post time 19-1-2024 12:20 PM | Show all posts |Read mode
Mendapan selut Empangan Muda jejaskan sumber air Pulau Pinang, Kedah


Oleh M Hifzuddin Ikhsan - Januari 19, 2024 @ 11:53am  hifzuddin@bh.com.my




Kumpulan alam sekitar RimbaWatch mendakwa kegiatan pembalakan di kawasan Hutan Simpan Ulu Muda menyebabkan kawasan Empangan Muda, yang menjadi sumber air utama kepada pengguna Pulau Pinang dan Kedah, mengalami masalah mendapan selut. NSTP/Ihsan RimbaWatch








ALOR SETAR: Kumpulan alam sekitar mendakwa kegiatan pembalakan di kawasan Hutan Simpan Ulu Muda menyebabkan kawasan Empangan Muda, yang menjadi sumber air utama kepada pengguna Pulau Pinang dan Kedah, mengalami masalah mendapan selut.

Kajian dilakukan RimbaWatch melalui pemantauan imej satelit mendapati Empangan Muda mula mengumpul mendapan selut sejak Mac tahun lalu.

Badan itu berkata, kegiatan pembalakan tanpa kawalan yang dilakukan sekitar kawasan tadahan air itu, berkemungkinan menyebabkan berlaku masalah mendapan selut berkenaan.

Katanya, masalah itu dijangka menjejaskan kira-kira 80 peratus sumber air ke Pulau Pinang yang bergantung kepada bekalan dari Sungai Muda.

"Kawasan tadahan air Tasik Muda membekalkan bekalan kepada Kedah dan sumber terbabit mengalir ke hilir Sungai Muda sehingga ke Sungai Dua di Pulau Pinang yang menjadi bekalan utama air negeri itu.

"Kesan kegiatan pembalakan di Ulu Muda sejak dahulu lagi, menjejaskan pengguna di Pulau Pinang sehingga ratusan penduduk tidak mendapat sumber air bersih," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, kerajaan negeri Pulau Pinang beberapa kali mendesak Kedah memberhentikan segala kegiatan pembalakan di hutan Ulu Muda yang menjadi kawasan tadahan air bagi kegunaan penduduk dua negeri terbabit.

RimbaWatch berkata, imej satelit diperolehnya menunjukkan mendapan terbabit mula dikesan pada Mac tahun lalu, dan mendapan itu terus meningkat pada Oktober lalu.

Katanya, Tasik Muda ini dikelilingi Hutan Simpan Ulu Muda yang masih menjadi kawasan hutan pengeluaran, bermakna pokoknya masih boleh dibalak.

"Kami mendesak pihak berkuasa di Kedah segera bertindak menghentikan segala aktiviti pembalakan di Ulu Muda dan menjadikan ia sebagai kawasan hutan dilindungi sepenuhnya bagi menjamin kawasan tadahan air.

"Kami juga mendesak SIRIM Berhad membatalkan Skim Pensijilan Pembalakan Malaysia (MTCS) kerana melanggar syarat antarabangsa ditetapkan Program Eropah Bagi Pensijilan Hutan (PEFC)," katanya.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:15 AM GMT+8 , Processed in 0.053719 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list