CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8657|Reply: 0

[Kedah] Tarif air baharu Kedah tidak bebankan pengguna

[Copy link]
Post time 18-1-2024 03:36 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan

ALOR SETAR – Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) menyatakan bahawa impak pelarasan kadar tarif air baharu bagi kategori domestik mulai 1 Februari ini secara keseluruhannya tidak akan membebankan para pengguna di negeri ini.

SADA dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, sebagai contoh, kenaikan caj yang dikenakan bagi penggunaan air 10 meter padu dan ke bawah hanya sebanyak RM1.50.

“Walau bagaimanapun, SADA tetap memahami kesempitan ekonomi yang ditanggung oleh sebahagian pengguna di Kedah.

“Sehubungan itu, SADA masih melaksanakan program subsidi air bersasar kepada pengguna yang berada dalam kategori miskin tegar dan berdaftar dengan sistem eKasih,” katanya.

Menurutnya, kadar tarif baharu itu akan dicaj kepada pengguna kategori terlibat bermula bil bulan Mac depan.

“SADA akan memastikan pelarasan kadar tarif itu selari dengan peningkatan daripada aspek mutu perkhidmatan yang memberi manfaat berterusan kepada pengguna,” ujarnya.

Kata kenyataan itu, tarif air baharu tersebut ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) melalui kajian Mekanisme Penetapan Tarif (TSM) dengan mengambil kira kos perbelanjaan operasi (Opex) dan kos perbelanjaan modal (Capex) syarikat.

“Pelarasan kadar tarif ini perlu dilaksanakan bagi menjamin kelestarian perkhidmatan dan bukan bersifat keuntungan. Sumber kewangan yang kukuh dan mencukupi membolehkan SADA membangunkan projek infrastruktur air yang mampan sekali gus menambah baik liputan bekalan air di seluruh negeri.

“Dana tambahan yang diperoleh daripada pelarasan kadar tarif ini akan dilaburkan semula oleh SADA untuk kos Capex yang telah dirancang bagi memastikan kesinambungan bekalan dan perkhidmatan serta memenuhi permintaan bekalan air yang terus meningkat saban tahun,” jelasnya.

Tambahnya, bagi tahun ini, SADA memperuntukkan sejumlah RM60.91 juta melibatkan perbelanjaan Opex dan Capex bagi tujuan pembangunan serta pengukuhan aset air dengan memberi tumpuan kepada pembinaan infrastruktur baharu, penyelenggaraan aset mekanikal dan elektrikal serta penggantian sistem perpaipan yang uzur dan usang. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... -bebankan-pengguna/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:34 AM GMT+8 , Processed in 0.061693 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list